Monday, August 08, 2016

Adik

Emak ada cakap, masa muda dulu dia selalu lalu satu sekolah ni, sekolah berasrama penuh. Mak cakap, dia harap sangat ada anak dia masuk situ. Kenkunun nk masuk jalan situ la. There is it, Emak akhirnya dapat ke situ, berulang selama 2 tahun. Itu abang yang tunaikan.

Emak cakap, dedulu embah(baca sebagai nenek) cakap nk abang jadi tentera, emak memaksakan rela abang untuk masuk tentera, emak sentiasa bagi semangat kat abang yg sebenarnya tak mahu. There is it, he is now airfoce engineer.

Emak ada cakap, nak sangat anak dia jadi cikgu. Along, tak mau, Angah tak mau, Abang out of list, adik. Yep, adik je harapan terakhir. Seketul adik yang obses dengan kartun, yang obses dengan anime, yang xpernah jadi harapan keluarga. Nah, sekarang.dia bawa harapan besar mak, jadi cikgu. Dia.pikul harapan mak. seketul adik yang kita panggil.unsung hero.

Moga Adik jadi yang lebih bertanggungjawab, dan lebih tegas, sudah tidak mahu manja lagi.


Emak yang sudah boleh senyum sampai ketelinga. Anak manja menunggu masa tinggalkan keluarga, mahu jadi cikgu!

www.tips-fb.com

Tuesday, August 02, 2016

Aidilfitri

Assalamualaikum,

Ya, entry kedua untu 2016. Masih boleh dikira guna jari. Sempena bulan syawal yang tinggal sehari lagi, I decided to post an entry sempena raya tahun ni.

Well, raya macam biasa, Alhamdulillah, semua dapat pulang beraya, dan mungkin tahun terakhir semua dapat beraya. Ada yang nk menamatkan zaman bujang, ada yang bakal berjuang untuk negara. Eh!

Baju raya xsedondon, setiap tahun pn sama sahaja gayanya. Macam biasa, aku incharge of kuih raya, dan Alhamdulillah, menjelang hari pulang ke Kuala Lumpur, semua kuih raya aku dh sold out.. Ahem..

Tahun ni raya kedua, adik aku dh eksiden kereta. fuh.. kereta akak aku la. dapat 2 kiss, depan dengan belakang. muahhh!!
Jadi, hari selepas kejadian, satu kereta sumbat 6 orang. Thank God, semua saiz kecik. Muat la satu kereta Myvi.

Tahun ni, tak dapat beraya dengan bestiee.. sudahlah 2 orang.last beraya bujang. kita.jumpa raya haji saja la naa.. Rumah sedara mara pun aku xsempt pegi, komitmen kepada kerjaya.. Ahem.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun baju raya tak siap, tahun ni, seluruh(macam ramai je gayanya) ahli keluarga berpeluang memakai baju raya. hahaha..

Entry macam terdesak kan.. tapi. takpa la.. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
www.tips-fb.com

Wednesday, May 11, 2016

2016

Salam, ya, post pertama untuk tahun ni. kekangan masa (duh, kau salahkan masa) , dan kekangan kerja dan malas (main factor). Sedikit review untuk tahun 2016 yang hampir melepasi separuh ni.

1. Ya, semakin meningkat usia. ya.. gen matang semakin membiak dengan jayanya.

2. Kerjaya yang sudah melepasi 2 tahun, waktu yang paling sesuai untuk mula berfikir, sudah paling matang untuk keluar dari zon selesa. Mencari kerjaya lain, atau bertukar department mungkin. jeng.. jeng..jeng..

3. Kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan. Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat bernafas. Kuantiti makanan yang dijamah semakin sedikit, berat badan yang sangat-sangat membimbangkan. Tahap aku tak gembira dengan penurunan berat badan yang begitu mendadak.

4. Alhamdulillah, apa yang nk bagi kat ayah sudah tercapai. Syukurrr 21 ...

5. Buku, masih menjadi kawan baik buku.. Biasalah kan.. kawan baik tak selalu jumpa. haha. Tak berkesempatan nak menjengah ke MAEPS untuk KLIBF tahun ni. It's ok. Dapat kirim satu buku dari kakak office. Pun dah Alhamdulillah.

6. Dah ada angan2 nk travel backpacker. Lokasi impian, India, Koh Samui, Ho Chi Minh dan Yogjakarta. Amin.

Ok. Sudahla tu. Moga misi 2017 yang tindakannya harus dimulai tahun ini tercapai. Amin.. jom amin ramai2.
www.tips-fb.com

Friday, November 13, 2015

Stress and pressure.

Assalamualaikum. Stress dan pressure, mereka berdua ini, ya atau tidak, memang saling melengkapi, datangnya stress, kerana adanya tekanan. Mana-mana individu pun, pasti melalui fasa ini. Ya, aku tidak bisa katakan stress orang lain itu lebih sedikit, waima mungkin lebih besar.

Ini kerana, tahap penerimaan dan kekuatan seseorang itu, dalam menghadapai stress itu berlainan. Tekanan yang mungkin kita anggap kecil, tapi sebenarnya sangat berat pada individu itu, kerana kekuatan yang ada padanya, tidak begitu mencukupi.

Beberapa minggu ni, yep, memang sangat menguji emosi dan kekuatan aku. Dalam alam pekerjaan yang hampir menjangkau 2 tahun. Aku notice, yang aku ini.manusia yang sangat tenang apabila bekerja dengan tekanan. Aku boleh jadi orang yang masih bisa senyum, bekerja dengan tekanan. Waima ada yang memanggil aku power puff girl. ah!

Tapi aku dapat kenalpasti, yang aku tak bisa mengawal stress. Aku tak boleh mengawal emosi dan perbuatan. yes. I notice my weakness. I will just leave the office on the dot without having a discussion on some issue, and taking leave on the spot. Ah. that just me having a stress. And sorry to those. My really precoius tears just broke into a pieces.

Dan doakan aku, seterusnya aku akan bisa mengawal stress yang akan datang pada bila-bila.masa saja. Moga Allah senentiasa tenangkan hati aku, permudahkan segala-galanya. Ameen.
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya