Tuesday, September 15, 2009

Dia pilihanku

style='width: 36px; height: 26px;'/>






ku sedang menanti dia,
seorang lelaki yang akan bergelar suami,
seorang mukmin yang merindui syahid dijalan Allah
seorang hambaNya yang sentiasa zikrullah,


dia seorang lelaki yang tegas dan berani,
dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah,


dia selalu menghiburkan aku,
dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
dengan zikir-zikir munajat,
dengan surah-surah rindu yang dihafaznya,
ketika aku sedang leka diulik mimpi indah duniawi,
dia menasihati aku supaya mengingati mati,
ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa,


dia memang sentiasa kelihatan penat,
matanya penat keranamembaca,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
badannya lemah kerana bermunajat dimalam hari,
dia sentiasa mengingati mati,
baginya, dunia adalah pentas lakonan semata-mata,
kita hambaNya adalah pelakon
Dia sentiasa mengingati mati,
hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti,


dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran islam,
dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga,
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,


dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
baginya, dugaan-dugaan itulah yang menjahit semula
sejadah imannya yang terkoyak,
lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri,


dia sentiasa menjaga solatnya,
dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
dia tidak pernah malu mempertahankan agama islamNya
kerana islam adalah addin Allah yang sebenar-benarnya,


dia sentiasa ingin mencontohi sifat sifat-sifat mulia Rasulullah S.A.W
dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
iaiti ALLAHURABBI


aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada maha pencipta,
andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia,
cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNya,
cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNya,
cinta Ilahi jugalah yang menyebabkan aku memilihnya


siapakah dia?
aku juga tidak mengetahui siapakah jodohku....
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
doaku, moga dia tercipta untukku, semoga aku bertemu jodoh dengannya,
kerana.
DIA PILIHANKU www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya