Friday, December 23, 2011

1...2...3... go nazira!

assalamualaikum.......
study week bermula...
perjuangan baru bermula..
ayuh bangkit mahasiswa!
p/s: hamboi ayat last aku, macam pejuang kan! btw, jangan perlekeh kami mahasiswa!
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Year End Giveaway 2011 SIAPA SAYA???

assalamualaikum..... setelah lama merajuk hati dengan GA, akhirnya, hati aku terbukak untuk masuk GA yang ditag oleh my bestie...
okey, untuk menjawab soalan ni, izinkan aku berpantuh.. cewahhhhhh
makan roti sambal belacan,
nampak pelik rasanyanya teruk,
muka manis senyuman menawan,
neelofa jawapan, harap2 dapat topuop..

tag:


p/s: pelik bunyunya pantun aku.. ape pon tak boleh

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Thursday, December 22, 2011

berjaya itu pasti.. yakin!

assalamualaikum...
haiyak, dah lama rasanya kesyangan aku ni di anak tirikan, okey! alhamdulillah, berakhirnya semester 5.. aku rasa awesome sebab dapat menghabiskan 5 semester yang begitu banyak dugaan juga cobaan dari pelbagai pihak, hamboi!

berkenaan dengan tajuk entry lepas, telah aku tinggalkan pertanyaan tentang DOTA vs DEKAN... ok, simple briefing pasal dua bende ni,
DOTA= sejenis game yang dimonopoli oleh golongan ADAM

DEKAN= satu jenis pencapaian yang biasa diungguli oleh kaum HAWA
perkaitan?? hmm, tidak ada kena mengena dengan isu gender, namun... kedua-dua perkara ini jika digandingkan mengikut acuan serta format yang betul, pasti sesuatu yang unggul cemerlang muncul.. tak percaya? #dah macam promote MLM. okey, MR. K selalu kata, DOTA- dunia orang takde awek, padahal, berlambak je orang yang main dota tu berjaya mempunyai sekurang-kurangnya seorang awek comel.


mari terus ke agenda utama...
untuk mencapai DEKAN, kita boleh gunakan strategi untuk main DOTA
sekali tgk pon tau tak menarik..okey!

mari kita selami dengan dalam, apakah maksud disebalik ayat yang kiranya, aku rasa, begitu pelik pada pandangan..emm..emm.. sesiapa jua yang memandangnya.. okey, ini mengikut pengalaman aku sebagai seorang kakak kepada dua orang jejaka, okey, JEJAKA yang suka main game ni... terutama, jejaka yang paling bongsu.. pabila sudah menghadap dota, oh, dunia itu, dia yang punya, panggilan orang di rumah selalu dipandang enteng, juga, bila emak suruh beli gula, last2, emak jua yang akur.. cuba anda bayangkan, jika anda mengaplikasikan strategi mengelak-membeli-gula ini bila masa anda study?? boleh?? pasti dekan dalam gengaman. tak begitu?? realitinya, bila yang dihadap itu adalah medium yang dinamakan BUKU, seboleh-bolehnya, anda mengharap ada lah sesiapa yang memerlukan pertolongan dan membolehkan anda meningalkan buku itu serta merta..
strategi ini dinamakan
elak-buku-tolong-orang 
amalan mulia..

seterusnya, perkaitan jelas yang dapat aku lihat, permainan dota ini sangat memerlukan penelitian dalam usaha memperolehi kemenangan mutlak. okey, mereka-mereka ini, tidak pernah berputus harapan, walaupun dah kesejuta kali kalah, mereka akan tetap cari CHEAT code untuk membolehkan mereka menang namun dalam keadaan menipu. mereka ini kita panggil takutkan kegagalan. mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa mereka memang tidak terror.. dan menganggap orang lain pun menang hanya dengan nasib, okey, salah, skill itu penting.

mari kita garapkan sesuatu melalu situasi diatas, jika ia diaplikasikan dalam kehidupan seharian seorang pelajar, pastinya, assignment yang disiapkan berkualiti tinggi kerana hasil carian mr. google yang sangat sempurna juga bebas dari copycat.. pastinya, tiada istilah repeat paper seandainya mereka berusaha, tak pernah menyerah dan yang paling penting, main dota.. uhuh.. perlu ke??

konklusinya, pencapaian pelajar mahasiswa terutamanya, adalah bergantung kepada skill permainan DOTA anda.. weh, ini menyimpang! anda rasa, bagaimana? sesuai tak strategi permainan dota ini diterapkan dalam kehidupan mahasiswa?
yakin pasti boleh..

p/s: bahasa puitis yang tak boleh blah. strategi.. terpengaruh dengan SM.. #Hadoilah!
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Sunday, December 18, 2011

ada kaitan ke? #KemonLah...

DOTA vs DEKAN
ada kaitan ke? nantikan............... 
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, December 12, 2011

mak.


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Wednesday, November 30, 2011

#wordless wednesday-alone

bestnye kan..kalau..kalau..kan.. ade kan... em...eh2, bukan pakwe... kalau ade omak disebelah...

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Sunday, November 27, 2011

weh, kenapa dengan aku??

assalamualaikum...
short entry je kot... sebentar tadi, aku telah menyertai golongan facebookers yang menzahirkan perasaan melalui status FB.... serious rasa down..ok 2 sebab mengapa aku rasa down,
   1. malaysia kalah dengan pasukan yang main dengan 10 player
   2. aku tergolong dalam kumpulan facebookers yang beremosi
weh, aku bukan mengamuk..haha.. kecewa je, tu status paling metafora aku pernah buat kat FB... serious!




p/s: malaysia dah buat yang the best! bak kata orang, bola itu bulat......
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, November 26, 2011

tahun baru..perlu ke azam baru?

assalamualaikum....
kamu-kamu.. selamat tahun baru maal hijrah. okey, aku rasa, kalau takde lah cuti sempena awal muharam ni. aku pasti seratus peratus percent, ada je manusia-manusia yang tak tahu kewujudan awal muharam ni. eh, bukan nak cerita pasal sejarah awal muharam, nak tahu, tanya cik google, lebih tepat, mantap dan penuh informasi rasanya.

kalau kamu-kamu sekalian bukak fb, pasti buka kan... ramai lah facebookers ni duk pongprangpungprang update status mereka. TAHUN BARU, AZAM BARU.. okey, aku nak tanya pendapat kamu sekalian, penting ke menetapkan azam bila tahun baru. okey, aku admit, azam itu perlu, barulah orang kata ada semangat nak capai, okey, tak payah nak semangat sangatlah. bagi orang yang betul-betul bermati-matian nak capai matlamt, tabik SPRINGGGG!

tapi, bagi yang konon-konon nak ada azam baru setiap tahun baru ni, sekadar nak ikut trend lah. yelah kan, nanti orang tanye 'weh, azam tahun baru pe der?'. takkan nak jawab "takde lah bro' dengan bangganye. malu beb.. yelah, mesti orang duk cakap 'weh, orang takde azam ni, takde cita-cita'. ok, tak payah lah nak bergalak sangat kan. ko tu pon, azam bukan TERCAPAI sangat pon, tiap tahun, aku tengok, bertukar2 je azam ko..
   abun: azam aku tahun ni sempena awal muharam yang mulia ni, aku nak jadik pelagak ngeri.
   amin: kenapa?
  abun:  hari tu aku tengok secret garden, cambest je!
   amin: tahun lepas bukan azam ko nak jadi pelakon?
   abun: aku rasa, aku kurang kacak sikit dari aaron aziz
   amin: =.=..ok

bagi aku. ko tak salah sekelumit kuman pon kalau nak menetapkan azam, tapi, cubalah ko bagi ada rasa semangat kebersungguhan dalam nak buat azam tu kan. kalau setiap tahun pon nak tukar, haish, baik ko buat siap-siap azam tahun depan... bagi orang nampak ko lagi berpandangan jauh. ok, jauh lah sangat kan.

aku?? ada azam baru ke? hmm.. bagi aku, azam aku tak bertukar mengikut peredaran tahu, ia akan bertukar once sesuatu azam itu telah aku dapati keboleh capaiannya. dalam bahasa mudahnya, aku dah capai. macam mana dengan kamu sekalian, azam baru?
p/s: happy bestday, n bornday to my lovely bestie...niza.. love u damn much!
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

who knows......


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Wednesday, November 23, 2011

blending with my emotion......

assalamualaikum........
moody.........

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Tuesday, November 22, 2011

being stalker is not a right idea for me..

assalamualaikum..
just short entry untuk menghilangkan ke'addict'an aku untuk mengupdate blog.. amboi, tajuk aku macam nak tulis essei bi.. well, stalker. tak perlu lah aku nak hurai panjang mambang kan, semua orang ada pendapat lain-lain.. dalam mendefinisikan stalker.. weh, mendefinisikan! perkataan bahasa melayu paling agung aku pernah cipta! ok.

tipulah kamu-kamu kalau kamu rasa kamu tak pernah jadi stalker. sekali seumur hidup pon mesti penah, aku berani kerat kuku lah weh, ok, kuku je pon. in my point of view, wah, point of view, kerjaya sebagai stalker ni biasanya  bermula sejak.. sejak... kamu-kamu.. ok termasuk aku dah mula admire kat seseorang, ok SESEORANG...... tak kisah lah, kamu stalk pasebuk 'dia' ke, twitter 'dia' ke, blog 'dia' ke, rumah 'dia' ke, awek 'die' ke... and even, bumbung rumah 'dia'.. eh, bumbung pun boleh ek, aduhai...!

dan, secara pendeknya, bagi aku, kesedaran aku untuk berhenti dari menjadikan stalker sebagai kerjaya sampingan  ini harus aku mulakan segara. SEGERA! sebab, bila stalk je, mesti nak sedih-sedih, sentap-sentap.. dan yang paling parah, tak memasal nak jelous tibe-tibe.. hahahha.... mempengaruhi kekhusyukan dalam solat je..ahahah. tetibe! padahal kamu-kamu ..ok, aku juga, bukanlah siapa-siapa pada mangsa stalk itu kan..kan..kan.. sob3..

dapat disimpulkan bahawa, stalker orang ni takde paedahnya.. kan kawan-kawan??

p/s: mintak maaf kepada mangsa stalk aku...

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, November 19, 2011

update? yelah tu.

assalamualaikum..

dengan ini, aku telah mengupdate blog...
sibuk dengan midterm dan assignment yang beratur macam semuat nak curi gula!

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Friday, November 11, 2011

if and only if

p/s: tak sempat nak update entry...

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Tuesday, November 08, 2011

#wordless wednesday


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, November 07, 2011

who's gonna be?

who's gonna be my MR. ?

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

CONTEST BFF 1.0 FAREZ SHAH OFFICIAL!

assalamualaikum.. dah lama tak masuk contest.. sejak akhir-akhir ni, sibuk bebenor lah nampaknya...

klik banner untuk join sekaki..

ni lah gambar yang dipertaruhkan.. jeng...jeng......


gambar ni masa raye haritu. sumpah best gile. ni kawan-kawan aku satu kelas masa sekolah menengah. so, aku nak namakan perjumpaan ni reunion tahunan. 
tag..
1. ainie
2. cik bunny
3. innanie
4. lulupages
p/s: tarikh tutup 25 disember 2011.


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, November 05, 2011

i just love this damn much! betul!

i choose to love you in silence, 
for in silence i receive no rejection,
i choose to love you in loneliness,
for in loneliness no one owns you but i,
i choose to adore you from distance,
for distance will shield us from pain,
i choose to hold you in my dreams,
for in my dream you have no end.
p/s: just like me.


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Thursday, November 03, 2011

aku di tag! weh, pe bende tu??

assalamualaikum..
hallu mashmallow... dah brape hari mood nak update blog i terbang melayang merentasi banjaran himalaya.... ni pun bukan update, just nak jawab soalan yang my bestie tag. weh, sebenarnya, aku memang suke gile orang tanya soalan merepek+merapu, benar! tulus! suka.. tapi kenapa orang tak suke tanya-tanya kat aku ek? owh, abaikan.. padahal aku dah sediakan formspring, weh, tak payah nak berdrama swasta! tanye lah aku, berat aku dah turun berapa kilo ke, semut kegemaran aku ke.. merepek! ok, kawan aku kate, ni sejenis permainan..what?? permainan?? ok layankan je.. ni rulesnye...


 :Each person must post 11 things about themselves in their journal.

:Answer the questions the tagger set for you in their post . And creat 11 new questions for the people you tagged to answer.

:You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
:Go to their page and tell them you have tagged him/her.
:No tag backs.
:No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALL , TRUST, WITH ALL HONESTY) have to tagged 11 people.
soalan dari ainie yusof 
 1. nama samaran anda
     orang ramai-ramai panggil naz, kat rumah, mereka panggil aku angah @ oya. but seriously, aku suke  orang panggil aku oya. unik kan?
  2. makanan yang paling anda tak suka
    mostly kawan-kawan aku tahu. aku adalah seorang yang tak makan telur n coklat. nak tambah lagi?? belacan, sotong, cencaluk .. nak senarai, aku rase banyak lagi..nampak demanding tak?
  3. ciri ciri lelaki pilihan
    wah, soalan pebret aku..hahah.. well, orang kate, tak yah lah nak mimpi dapat mr. right kan, tapi, kalau sekadar mimpi, pe salahnya kan. ok, sila ambil perhatian. mr. right itu mestilah tak smart, tak baik sangat, tak hensem sangat(sedap mata memandang), tak miskin sangat, tak berapa tak pandai, n agama yang tak boleh tak ok! weh, ni baru senarai pendek!
  4. berat badan anda (haha)
 hmm.. tak berapa nak ringan lah dengan tinggi 160cm ni... 46 kg!! berat sasaran?? 44 kg. jom doakan aku..cakap patpulohpat kali!
  5. kenangan yang tak dapat dilupakan time kecik kecik dulu
  wah, childhood experience! hmm..selalu main kawen-kawen, tapi tak penah jadi pengantin..jadik yang masak-masak kat dapur je! yang paling best, eksiden sebab parut kat muka tu kekal sampai sekarang dan menyebabkan pertumbuhan bulu kening aku terbantut!
  6. blog kegemaran
  mestilah blog aku.. sehari, berapa puloh kali aku bukak. well, mestilah blog gosip n politik!
  7. jenama pencuci muka yang pernah anda pakai
   olay n safi. safi, selamat dan suci..
 8. tempat paling jauh yang anda pernah pergi
  perlis! serious jauh. aku dok johor weh! 
 9. saiz kasut anda
  aku berkaki besar! betul! saiz kasut aku 7 or 8..n even lebih..hahhaha..gajah!
10. perasaan anda bila kena tag
biase je..kan..tapi sebab aku suka jawab soalan. ye! aku suke!
 11. express yourself in 4 words
      susah marah, pendiam, memilih

soalan dar cik oyanazira

  1. antara rosmah dan paris hilton, sapa yang paling boros?
  2. kalau anuar zain @ ella melamar korang, nak terima tak?
  3. pernah hilang purse tak? kat mana?
  4. apa yang korang rasa bila tak dapat balik raya aidilfitri?
  5. 5 sikap korang yang korang suka?
  6. perkara paling gila korang pernah buat?
  7. mak dengan ayah, mana yang paling garang?
  8. filem malaysia yang paling hancur?
  9. bila kali terakhir baca sajak?
  10. suka dengar lagu apa masa study?
  11. describe diri korang dalam 1 perkataan? satu je
oyanazira tag
  1. http://inspirebunny.blogspot.com/
  2. http://girangdottaeminmuch.blogspot.com/
  3. http://coklateyes.blogspot.com/
  4. http://whywhylovenad.blogspot.com/
  5. http://lulu-pages.blogspot.com/
  6. http://nadyabubble.blogspot.com/
  7. http://blognamipunye.blogspot.com/
  8. http://cokelatdanaiskrim.blogspot.com/
  9. http://www.kancil8349.blogspot.com/
  10. http://nurrcahaya.blogspot.com/
  11. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, October 31, 2011

cuti semingu yang begitu hambar, serious!

assalamualaiku..
haluu mashmallow.... setelah otak terperap kat rumah selama seminggu, akhirnya, senaman jari dimulakan jugak. aduhai cuti seminggu... sebab u aku ambik cuti deepavali, so, cuti hari tu, aku manfaatkannya dengan mengunjungi batu caves, weh, tipu! aku dok melingkar je kat rumah, macam ular sawa yang makan ayam kat rumah aku. aduhainye lah...

cuti seminggu pon, takde masa nak menghabiskan duit. ceh, berlagak macho! takde sapa-sapa yang layak untuk aku ajak ngedate, serious! teman ngedate aku pon tak cuti, arghhh... rasa macam nak lari keliling padang nampuloh kali! ok, takda kena mengena.. tapi, sebab aku tak nak keseorangan selama seminggu, aku memeras ugut akak aku untuk balik jugak kat rumah, dan akhirnya, dengan umpan aku belanja pizza, akhirnya, dia balik jugak. yey! tak perlu berseorangan walaupun dia balik untuk 3 hari.

kakak aku: muka tension abang pizza lambat
adik aku: muka pasrah, pest time pegi bandar dengan kitaorang
aku: hmm.. muka orang yang rela mengorbankan wang

oleh kerana aku relakan duit aku keluar, so, menghadap bill piza dengan senyuman je lah. weh, aku yang rela! macam tak percaya. mulianya hati aku!!!

\
ni pest round, aku makan 3 round
 bila free, semua nampak berselera..
owh, nampak tak betapa khusyuknya dua manusia itu meratah pizza. adik aku malu nak guna tangan. weh, geli aku. tapi lama-lama, dia guna tangan jugak. yes! aku yang mempengaruhi dia. aku bukan order pizza, je, sebab tengok gambar chicken wing bbq yang super selera tu, aku order jugak, saja nak menaikkan jumlah bil yang sedia banyak tu. alang-alang dah mahal kan.. weh, ko, berlagak gile!

pinggan aku yang..superrrrrr licin, sebab mahal, kenalah licin!
dan hari-hari seterusnya, rutin aku.. gaduh dengan adik, tido, makan, masak( ini nada menunjuk!), tengok tb, tengok cerita korea. ha, ada satu aktiviti yang aku buat, buat quilling paper, huhu.. pegilah google sendiri quilling tu hape. adik aku cakap, tu lah aktiviti orang yang tak ade keje, weh, memang aku takde keje. adik aku memang anti dengan bende-bende comel yang aku buat. kesimpulan? adik aku jelous! dari main PES2012 die tu.. lagi..ahh..buang masa oi...

ni siap 50%, tak boleh tunjuk penuh, sebab...
tu je lah aktiviti cuti aku yang sangat lah zero... hambar weh..hambar! korang cuti,,, buat ape?

p/s: raya haji, aku berkorban hati, tidak pulang ke rumah.......

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Wednesday, October 19, 2011

yey, aku hanya ada adik lelaki!

assalamualaikum...
hallu mashmallow readers.. kau tengok tajuk aku tuh, nampak beno tak ada idea nak tulis, well, demi memenuhkan masa aku yang terluang ni-terluang lah sangat kan- aku berusaha juga nak update entry. owh, tajuk aku tu sebenarnya bernada apa?? depan dah macam gembira, tapi.. apesal ade tanda seru weh?? bermain emosi nampak. owh, sebenarnya, tajuk entry aku ni perlu dibaca dengan nada yang amat gembira.

aku dilahirkan sebagai anak perempuan last. weh, aku memang suka canang bagai yang aku anak perempuan last. LAST tu perkataan penting yang aku nak tekankan. mak aku pon taw aku sentiasa berangan nak jadi anak last, well, selalu mak aku layankan je. nak buat macam mane, aku dah terlahir awal.ok, aku memang mengada! pengakuan! well, mak aku cakap dulu, mase mengandungkan aku, memang teringin yang aku ni LELAKI. weh siap nak bagi name NAJIB weh, tak boleh tahan! mungkin sebab tu aku..... weh, lari tajuk. dah, tamat!

kenapa lah aku hip hip horrey sangat takde adik perempuan?? well, secara esklusifnya, aku tak nak seorang lagi AKU lahir kat rumah tu. cukuplah aku sorang? kenapa, as korang know, perempuan, means budak perempuan ni, penuh dengan sifat-sifat yang MENGADA-NGADA, BANYAK CAKAP, DLL..perangai ni sangat mengannoyingkan. sumpah! berbanding adik lelaki yang nampak cool(well, sebenarnya malas nak layan) bila aku bebel-bebel, n the most interesting part, adik-adik lelaki boleh diajak main lari-lari, tumbuk-tumbuk, tendang-tendang, wrestling-wrestling, main dukung-dukung(well, mestilah diaorang yang dukung aku!)..

weh, tu perangai budak tadika, sangat ketadikaan okey! pada pandangan aku, kalau adik perempuan, mesti asyik nak bende-bende comel. weh! mane boleh, kat rumah tuh, aku sorang je yang suka bende-benda comel. mana boleh kongsi-kongsi. kalau adik perempuan, mesti dia kedekut nak bagi pinjam baju+barang-barang comel dia. berbanding adik lelaki, kalau aku balik rumah, kekurangan seluar track or tshirt ke, dialah mangsa..hahaha(gelak jahat). tanpa banyak songeh, dia akan kata "ambik je lah ngah, yang mana-mana". weh, adik lelaki aku..super dupper baik!(well, ni ditujukan untuk adik bongsu aku!)

kesimpulannya, ada adik lelaki berumur 19thn dan 15 tahun amat menyeronokkan. hahah.. selain tak banyak cakap, mereka juga tak berebut bende-bende comel kepunyaan aku! cuma bab makan, aku perlu bertindak lebih ganas untuk mendapatkan bahagian yang banyak!

terasa aku yang paling kecik..
p/s: sekali lagi aku tekankan, aku anak perempuan LAST...hahahahha
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, October 17, 2011

i heart hazama..

assalamualaikum..
seperti yang dinyatakan kat entri lepas..pekebenda lah yang aku merepek kan. falling-falling bagai. owh, damn! tapi weh, sumpah terkejut buaya semalam. owh, semalam aku bersama-sama geng mengagahkan diri menapak ke bukit ekspo. kenapa? 1st time weh UPM buat konsert bagai masa pesta konvo.

aku pon mengada-ngada pegi, yelah, kat banner besar alam tu tulis ada ning, shila amzah, MUH.. dan ramai lah lagi. gagah ni lepas baca yassin pegi bukit ekspo. sampai-sampai je, si pengacara majlis yang kaki bebel ntahpape tu sebuat lah nama artis bagai yang nak melalak atas pentas angsana tu. tetibe, telinga aku menekap(weh, betol ke bm aku??) satu nama..HAZAMA..........woi,,, hazama!!

minat?? yup, aku minat gile suara die..ha?? okey, tipu! orangnya pun minat banyak sikit. every week turun bilik tb semata-mata nak tengok si hazamaku ni masa AF9..wah..perlu ke perkataan KU tu ditambah? ok, mengada! dari diri aku yang berposisi duduk, terus bangun dengan gagah dan ayunya untuk close up muka si hazama ni..depan pentas aku menapak. wah, aku macam orang dilamun cinta. weh! over! tak pun, ada orang lagi over kot(datin syidah)

masa solo, si hazamaku nyanyi hey soul sister, weh, time ni aku rasa dah tak jejak tanah, wah gitu, metafora tak hengat!  jangan cakap lah masa dia nyanyi cinta teragung, aku dah melayang-layang kat udara weh, serious! lepas tu, persembahan artis-artis lain yang tak begitu menarik minat..tak menarik mata.

lastly, MUH keluar..tapi, weh kenapa vokalis lain?? gemok??? oh no!! sepanjang tu aku jerit hazama je. dah macam orang hilang akal, sumpah! (astaghfirullah). then aku dah patah hati bila si vokalis tuh asyik nak nyanyi je, nampak peluang hazamku nak keluar adalah sangat nipis. aku pasrah! ye, PASRAH! tiba-tiba, time lagu pokok, vokalis tu nyanyi jugak, damn! tapi, hazamaku muncul dengan tak semena-mena, weh, aku jerit macam orang histeria! haha, melampau betol! terus lari kat depan pentas tanpa menghiraukan kawan-kawan aku, damn betol aku ni!

balik je kolej, rasa macam tak sedar diri, denyutan jantung aku tak stabil weh! gile!pagi-pagi bangun tido, macam mimpi je malam tadi. sumpah weh!! asyik senyum tanpa mengetahui sebabnya.... tapi bila dah semuanya reda, bila fikir-fikir balik..emm...lepas ni tak nak dah pegi konsert-konsert macam tu lah, takut weh! semua melompat-lompat tak hengat dunia. yang aku boleh cakap..
ko tak rugi apa-apa pun kalau tak pegi konsert tu, sumpah!
ni lah hasilnya kalau guna HP murah

p/s: ni baru hazama, kalau hujan datang, aku boleh pengsan setiap 2 minit weh!

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

sumpah fall in love!

weh...nak taw aku jumpe sape tadi??? tadaaaaa...........

melting weh.... hari-hari tengok kat skrin komputer je...
tiba-tiba!!!!!
nantikan update esok!

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya