Wednesday, August 24, 2011

bukan bilik je kena kemas..blog pon same...

mungkin quick entry je..  bermakna entry ni pendek je lah.. berkenaan dengan tajuk, memanglah, dalam keghairahan menghias blog dan juga mencantikan blog, ada la juga golongan yang tersasar, tersasar ape?? yelah, excited sangat mengindahkan blog sampai blog tu nampak macam..hmm.. sangat bersepah-sepah jadinya... bagi i, i lebih tertarik bila blogwalking ke blog yang nampak kemas, seterusnya santekk juga comel yang melampau..

bagaimana blog yang bersepah?? mungkin menurut definisi i, blog yang bersepah tu bila banyak sangat widget dan iklan yang diletak, bersepah-sepah pulak tu..letak jam yang sebesar-besar alam nauzubillah.. well, kat lappy masing-masing dah ada jam rasanya, so??? lagi satu bila blog tu penuh dengan gambar pemilik dalam berbagai-bagai posing, okey-okey.. i paham, blog sendiri, suka hati jantung lah kan, tapi satu dua gambar cukup rasanya nak memperkenalkan muka kita yang shomell tu kat reader...

lepas tu, warna yang mungkin dipilih untuk menghiasi background terlalu kusut hingga menyebabkan orang yang memandang juga melihat blog anda turut sama kusut masai jadinya. tak salah rasanya memilih warna yang terang-terang, bak kata ana lulu, tu melambangkan kita yang ceria, well, mungkin bolehlah blurkan sikit background yang berpelangi bagai tu.. pendapat i je, it's up to individual's taste..(sesekali berbahasa j.w.w. birch)

sekadar perkongsian pendapat i je.. okeyy...macam mana kemasnya bilik kita(kalau kemas lah), marilah bersama-sama kemaskan blog kita bersama, majulah blog untuk andalusia...dah jadi long entry pulak...

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, August 20, 2011

well...well...well...

tajuk orang pemalas kan.. perkataan sama ulang sampai 3 kali.. dah tu guna bahasa barrack obama pulak tu... so, well yang pertama, i nak taw..
            kenapa blogger-blogger semua rajin sangat hapdate entry sampai 3 post sehari???
mungkin diaorang banyak idea kan.. tak macam i, seminggu nak keluar idea pon susah, mungkin kerana tenaga pemikiran i telah tertumpu ke tempat lain dan telah dikeluarkan melalui peluh-peluh yang keluar dari badan i akibat senaman menyapu yang i buat selama ni..logik! atau mungkin, diaorang suka bercerita tentang apa yang jadi setiap saat dalam hari mereka tuh.. tak kira lah sedih gila baban ke, happy nak m**i ke, frust menonggeng ke, geram ke.. waima semut terjatuh dalam air pon cerita gak.. sedih mungkin kerana memikirkan perjuangan sang semut yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa sedar diri tu...

 i sekarang, mungkin akan hapdate blog bila i suka, sebab.. blog ni, i punye..tak lah... mungkin i tak nak blog i ni jadi tempat yang sangat tak private.. tak nak perkara kecik pon sampai nak tulis kat blog.. sebab dah terbiasa.. atau tempat nak lepaskan geram.. i paling tak minat blogger yang nak lepaskan geram kat orang kat blog..( walaupun dulu-dulu penah buat..hahah)


well yang ke-2
apesal sambut raya meriah sangat??
sebab, mesti dah puasa sebulan, hari raya tu kira hari kejayaan sebab dah sukses berpuase sebulan.. tapi, cukup kee??? trend orang sekarang.. bile raye, satu rumah nak renovate.. langsir buruk lah, carpet kotor lah, rumah buruk lah.. sofa koyak lah, time-time ni lah berbagai-bagai alasan yang tak rasional keluar sebab nak dapat bende baru..baju raye berpasang-pasang, tudung pulak, nak beli jugak walaupun ada tudung warna sama, sebab?? tak best lah guna tudung buruk, tak berape matching lah...

well, kenalah ukur baju di badan sendiri, agak2 keluarga tak brape nak ada, ala kadar sudah kan..kasut raya mesti tiap tahun nak tukar, i pon tak paham, kasut tuh bukan orang nampak, pegi umah orang naik kereta, ha kau, parking kereta depan tangga lagi, takde sape pon memandang kasut kau tuh, takkan lah nak bawak kasut tu masuk rumah kan.. beli yang ala-ala kadar dah lah...


well yang ke-3
tadi i buat kerepek pisang!! 
tadaa.... nak rase..jempot datang rumah raya ni... ini adalah fakta!


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Tuesday, August 09, 2011

drama vs novel.

Assalamualaikum...
Haluu mashmallow readers, akhirnya molekul-molekul kerajinan dalam badan i keluar jugak. Bulan-bulan pause ni, ayat-ayat mengada-ngade perlulah i kurangkan agar kumpulan pahala itu dapat ditingkatkan, wah, ayat a. Samad said gitu..

Disebabkan cuti 3 bulan ni i tak begitu rajin untuk mencari nafkah buat menanggung diri sendiri, aktiviti utama i adalah menonton tb. YES televisyen. Kire dah macam kembar, tak boleh dipisahkan i dengan tb. I bukan tengok tb dengan otak yang tak berfikir. Sambil-sambil tu, i mengkaji jugak. I takkan biarkan mesin dalam otak i berkarat tak digunakan selama 3 bulan. Korang-korang pon mesti sangatlah suka tengok drama-drama kat tb kan.  I perasan, trend drama sekarang ni..hmm.. semua nak adaptasi-adaptasi novel kan..kan.. adakah pengarah dah takde idea nak buat skrip?? Malas nak perah-perah otak fikir jalan cerita??? Atau para penulis novel nak royalty lebih???

Pada i lah. Pandangan i je lah.. i ni seorang manusia yang suka baca novel, bace je..tak feeling-feeling pon.. kire i adalah pembaca novel tanpa perasaan..baca novel perasaannya sama je dengan bila i baca suratkhabar harakah..watak dalam novel ni, lebih kepada konon-konon prince charming lah. Yang i sure.. absolutely sure lah.. watak-watak dalam novel tu tak wujud kat reality ni.. yelah, orang bace novel kan suka sangat imaginasi-imaginasi ni..yang baik, nauzubillah baik lah sangat, yang kejam, ya Allah..kejam habis.. kira drama-drama yang di adaptasi dari novel ni, mempunyai jalan cerita yang tak masuk akal.. terlalu tak realiti.

I bagi contoh, drama yang jadi fenomena.. NORA ELENA. I pon tengok. Dan i tahu, ramai yang terbuai dengan si seth tan tuh.. i?? Sedikit tak percaya lah kan ada lelaki yang nauzubillah romantic gile macam tu.. dalam terbuai-buai angin sepoi bahasa tu, ada juga yang tak puas hati beno dengan drama ni.. yelah, tak logic taw!!! Mane ade lelaki macam seth tan tuh.. mulalah anak-anak dara seantero Malaya mengidam-ngidam nak ade pakwe macam seth tan tuh...OMG!!!  i pon dah baca novel die..KASIH YANG SUCI.. novel  memang superb. Banyak jugak lah yang lain.. tap i lebih prefer bace novel..sebab?? hmm.. ade part-part yang macam pelik kat drama..akan Nampak tak pelik kat dalam novel. Tapi mase i bace novel ni, i dah tengok cerita nora Elena ni.. so, bile bace, terbayang lah si aaron aziz yang kachak sedunia tu n siti saleha yang santek bangetttttt tu..jadi tak best lah, sebab asyik terbayang muka 2 orang ni je.. tak best!!!! I nasihatkan, baca novel dulu, baru tengok drama...

selain tu, banyak drama yang baru-baru ni ikut novel, stanza cinta lah, dewa cintalah... ntah ape-ape lah kan.. yang penting, i lebih prefer novel compared drama..sebab? DIE BESTTT!! Kalau korang..suka yang mana??? Adakah novel sebab lebih feel atau drama yang tak payah susah-susah nak selak-selak novel yang tebal nauzubillah tu?????




seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya