Tuesday, August 09, 2011

drama vs novel.

style='width: 36px; height: 26px;'/>
Assalamualaikum...
Haluu mashmallow readers, akhirnya molekul-molekul kerajinan dalam badan i keluar jugak. Bulan-bulan pause ni, ayat-ayat mengada-ngade perlulah i kurangkan agar kumpulan pahala itu dapat ditingkatkan, wah, ayat a. Samad said gitu..

Disebabkan cuti 3 bulan ni i tak begitu rajin untuk mencari nafkah buat menanggung diri sendiri, aktiviti utama i adalah menonton tb. YES televisyen. Kire dah macam kembar, tak boleh dipisahkan i dengan tb. I bukan tengok tb dengan otak yang tak berfikir. Sambil-sambil tu, i mengkaji jugak. I takkan biarkan mesin dalam otak i berkarat tak digunakan selama 3 bulan. Korang-korang pon mesti sangatlah suka tengok drama-drama kat tb kan.  I perasan, trend drama sekarang ni..hmm.. semua nak adaptasi-adaptasi novel kan..kan.. adakah pengarah dah takde idea nak buat skrip?? Malas nak perah-perah otak fikir jalan cerita??? Atau para penulis novel nak royalty lebih???

Pada i lah. Pandangan i je lah.. i ni seorang manusia yang suka baca novel, bace je..tak feeling-feeling pon.. kire i adalah pembaca novel tanpa perasaan..baca novel perasaannya sama je dengan bila i baca suratkhabar harakah..watak dalam novel ni, lebih kepada konon-konon prince charming lah. Yang i sure.. absolutely sure lah.. watak-watak dalam novel tu tak wujud kat reality ni.. yelah, orang bace novel kan suka sangat imaginasi-imaginasi ni..yang baik, nauzubillah baik lah sangat, yang kejam, ya Allah..kejam habis.. kira drama-drama yang di adaptasi dari novel ni, mempunyai jalan cerita yang tak masuk akal.. terlalu tak realiti.

I bagi contoh, drama yang jadi fenomena.. NORA ELENA. I pon tengok. Dan i tahu, ramai yang terbuai dengan si seth tan tuh.. i?? Sedikit tak percaya lah kan ada lelaki yang nauzubillah romantic gile macam tu.. dalam terbuai-buai angin sepoi bahasa tu, ada juga yang tak puas hati beno dengan drama ni.. yelah, tak logic taw!!! Mane ade lelaki macam seth tan tuh.. mulalah anak-anak dara seantero Malaya mengidam-ngidam nak ade pakwe macam seth tan tuh...OMG!!!  i pon dah baca novel die..KASIH YANG SUCI.. novel  memang superb. Banyak jugak lah yang lain.. tap i lebih prefer bace novel..sebab?? hmm.. ade part-part yang macam pelik kat drama..akan Nampak tak pelik kat dalam novel. Tapi mase i bace novel ni, i dah tengok cerita nora Elena ni.. so, bile bace, terbayang lah si aaron aziz yang kachak sedunia tu n siti saleha yang santek bangetttttt tu..jadi tak best lah, sebab asyik terbayang muka 2 orang ni je.. tak best!!!! I nasihatkan, baca novel dulu, baru tengok drama...

selain tu, banyak drama yang baru-baru ni ikut novel, stanza cinta lah, dewa cintalah... ntah ape-ape lah kan.. yang penting, i lebih prefer novel compared drama..sebab? DIE BESTTT!! Kalau korang..suka yang mana??? Adakah novel sebab lebih feel atau drama yang tak payah susah-susah nak selak-selak novel yang tebal nauzubillah tu?????




seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya