Saturday, August 20, 2011

well...well...well...

style='width: 36px; height: 26px;'/>
tajuk orang pemalas kan.. perkataan sama ulang sampai 3 kali.. dah tu guna bahasa barrack obama pulak tu... so, well yang pertama, i nak taw..
            kenapa blogger-blogger semua rajin sangat hapdate entry sampai 3 post sehari???
mungkin diaorang banyak idea kan.. tak macam i, seminggu nak keluar idea pon susah, mungkin kerana tenaga pemikiran i telah tertumpu ke tempat lain dan telah dikeluarkan melalui peluh-peluh yang keluar dari badan i akibat senaman menyapu yang i buat selama ni..logik! atau mungkin, diaorang suka bercerita tentang apa yang jadi setiap saat dalam hari mereka tuh.. tak kira lah sedih gila baban ke, happy nak m**i ke, frust menonggeng ke, geram ke.. waima semut terjatuh dalam air pon cerita gak.. sedih mungkin kerana memikirkan perjuangan sang semut yang berusaha bersungguh-sungguh tanpa sedar diri tu...

 i sekarang, mungkin akan hapdate blog bila i suka, sebab.. blog ni, i punye..tak lah... mungkin i tak nak blog i ni jadi tempat yang sangat tak private.. tak nak perkara kecik pon sampai nak tulis kat blog.. sebab dah terbiasa.. atau tempat nak lepaskan geram.. i paling tak minat blogger yang nak lepaskan geram kat orang kat blog..( walaupun dulu-dulu penah buat..hahah)


well yang ke-2
apesal sambut raya meriah sangat??
sebab, mesti dah puasa sebulan, hari raya tu kira hari kejayaan sebab dah sukses berpuase sebulan.. tapi, cukup kee??? trend orang sekarang.. bile raye, satu rumah nak renovate.. langsir buruk lah, carpet kotor lah, rumah buruk lah.. sofa koyak lah, time-time ni lah berbagai-bagai alasan yang tak rasional keluar sebab nak dapat bende baru..baju raye berpasang-pasang, tudung pulak, nak beli jugak walaupun ada tudung warna sama, sebab?? tak best lah guna tudung buruk, tak berape matching lah...

well, kenalah ukur baju di badan sendiri, agak2 keluarga tak brape nak ada, ala kadar sudah kan..kasut raya mesti tiap tahun nak tukar, i pon tak paham, kasut tuh bukan orang nampak, pegi umah orang naik kereta, ha kau, parking kereta depan tangga lagi, takde sape pon memandang kasut kau tuh, takkan lah nak bawak kasut tu masuk rumah kan.. beli yang ala-ala kadar dah lah...


well yang ke-3
tadi i buat kerepek pisang!! 
tadaa.... nak rase..jempot datang rumah raya ni... ini adalah fakta!


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya