Monday, October 10, 2011

anda..bila lagi??

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum
halu.halu mashmallow. wah, tajuk aku, macam iklan pilihanraya. well, aku kan kipas-susah-mati rosmah. dekat-dekat nak pilihanraya ni, perlulah aku menjadi duta tak sah kepada rosmah, dalam mempromosikan parti baru naungan beliau.ops..terlebih sudah. well, memang nak cerita psal pilihanraya. sebab umur aku yang semakin matang serta dewasa, atas dedikasi yang amat tinggi terhadap negara, sah je umur aku 21, aku telah mendaftar sebagai pengundi. weh, ko ni nampak semangat gila. blah lah. okey, tipu, aku tak bersungguh-sungguh pon nak daftar.

begini ceritanya nak... semalam, mase berdatingan dengan anak mark zuckberg, yang namanya..ala, si FACEBOOK tuh, adalah si polan bin si polan ni, mengepost(weh, jawa sungguh) semakan untuk daftar pilihanraya. aku pon gatal-gatal tangan lah, dengan harapan, nama aku ada. weh, angan-angan kosong sebenarnya. tak pernah pon aku ni rajinnakmati pegi daftar kan. dia mintak no ic..aku pon taiplah, tiba-tiba... jeng3.. nama aku ade weh, ade.. teruja, terkesima sebentar!

sapekah yang telah mendaftarkan nama aku?? jawab!!!! tak puas hati ni, dengan semangat berkobar-kobar jalur gemilang, aku pon memeriksa status kakak kesayangan hamba pula, weh, tolong detect. aku adik mithali, ingat no ic akak aku! agak-agak, dia ingat tak no ic aku?? dah, abaikan.janji ingat hari jadi aku! nama akak aku pon terpampang sama, dengan bangganya.

tu diaaaaaaaaaaaaa......


aku cepat-cepat mengepost(sekali lagi weh) kat wall akak aku..reaksi?? mane aku taw. macam saje je.. dia telah berjaya menjawab soalan aku diatas, sapa yang dah mendaftarkan nama aku. "eh, aritu kan cik jah mintak ic kite" oh, nope along, bukan kita ja, dengan ic abang sekali.
*cik jah: ahli umno kampung aku yang aktif-gila. mungkin dia ingat aku undi UMNO kot. ahahahah.
habis, aku undi sape?? yeke aku tak nak undi UMNO?? takkan nak undi PR???
well.....sebenarnya, aku undi......

......


....


...


..


.


woi, UNDI ADALAH RAHSIA
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya