Monday, October 17, 2011

i heart hazama..

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum..
seperti yang dinyatakan kat entri lepas..pekebenda lah yang aku merepek kan. falling-falling bagai. owh, damn! tapi weh, sumpah terkejut buaya semalam. owh, semalam aku bersama-sama geng mengagahkan diri menapak ke bukit ekspo. kenapa? 1st time weh UPM buat konsert bagai masa pesta konvo.

aku pon mengada-ngada pegi, yelah, kat banner besar alam tu tulis ada ning, shila amzah, MUH.. dan ramai lah lagi. gagah ni lepas baca yassin pegi bukit ekspo. sampai-sampai je, si pengacara majlis yang kaki bebel ntahpape tu sebuat lah nama artis bagai yang nak melalak atas pentas angsana tu. tetibe, telinga aku menekap(weh, betol ke bm aku??) satu nama..HAZAMA..........woi,,, hazama!!

minat?? yup, aku minat gile suara die..ha?? okey, tipu! orangnya pun minat banyak sikit. every week turun bilik tb semata-mata nak tengok si hazamaku ni masa AF9..wah..perlu ke perkataan KU tu ditambah? ok, mengada! dari diri aku yang berposisi duduk, terus bangun dengan gagah dan ayunya untuk close up muka si hazama ni..depan pentas aku menapak. wah, aku macam orang dilamun cinta. weh! over! tak pun, ada orang lagi over kot(datin syidah)

masa solo, si hazamaku nyanyi hey soul sister, weh, time ni aku rasa dah tak jejak tanah, wah gitu, metafora tak hengat!  jangan cakap lah masa dia nyanyi cinta teragung, aku dah melayang-layang kat udara weh, serious! lepas tu, persembahan artis-artis lain yang tak begitu menarik minat..tak menarik mata.

lastly, MUH keluar..tapi, weh kenapa vokalis lain?? gemok??? oh no!! sepanjang tu aku jerit hazama je. dah macam orang hilang akal, sumpah! (astaghfirullah). then aku dah patah hati bila si vokalis tuh asyik nak nyanyi je, nampak peluang hazamku nak keluar adalah sangat nipis. aku pasrah! ye, PASRAH! tiba-tiba, time lagu pokok, vokalis tu nyanyi jugak, damn! tapi, hazamaku muncul dengan tak semena-mena, weh, aku jerit macam orang histeria! haha, melampau betol! terus lari kat depan pentas tanpa menghiraukan kawan-kawan aku, damn betol aku ni!

balik je kolej, rasa macam tak sedar diri, denyutan jantung aku tak stabil weh! gile!pagi-pagi bangun tido, macam mimpi je malam tadi. sumpah weh!! asyik senyum tanpa mengetahui sebabnya.... tapi bila dah semuanya reda, bila fikir-fikir balik..emm...lepas ni tak nak dah pegi konsert-konsert macam tu lah, takut weh! semua melompat-lompat tak hengat dunia. yang aku boleh cakap..
ko tak rugi apa-apa pun kalau tak pegi konsert tu, sumpah!
ni lah hasilnya kalau guna HP murah

p/s: ni baru hazama, kalau hujan datang, aku boleh pengsan setiap 2 minit weh!

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya