Thursday, October 06, 2011

nasib si badan...

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum...(baik sebentar), dah lama rasanya tak update belog kesayangan pujaan hati ni, memang ada niat ikhlas suci nak tulis, sumpah! tapi masa terlalu cemburu, ceh, over cemburu. ditambah lagi dengan keadaan emosi aku yang terumbang-ambing ni.

kenapa? jadual kelas yang tahap kekejamannya terhadap badan aku semakin hari semakin melampau-lampau. okey. ni tak tipu. rasa macam jadual semester ni kelam kelibut. weh, aku susun dah baik punya, tapi, atas sebab-sebab yang bermacam-macam tu, kami redha. ok, AKU redha.

rasa kalau satu semester jadual macam ni, boleh kurus melidi badan aku. wah, teruja! bukan sebab diet, tapi keletihan yang melampau akibat daripada penyeksaan fizikal serta batin. wah, gitu! yup, memang sumpah penat nauzubillah sem ni. baru 4 minggu ni. perlu menempuh berminggu-minggu lagi yang pastinya akan lebih ekstrem.

entry baru mungkin akan menyusul minggu depan, atau next week lagi. haha..tak kelakar! readers! doakan badan aku kebal untuk 1 semester ni. jom sebut pat puloh pat kali!!

p?s: baru lepas exam public sector, menyusul....kuiz kelayakan PNB, AIS1,advance1...
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya