Wednesday, October 19, 2011

yey, aku hanya ada adik lelaki!

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum...
hallu mashmallow readers.. kau tengok tajuk aku tuh, nampak beno tak ada idea nak tulis, well, demi memenuhkan masa aku yang terluang ni-terluang lah sangat kan- aku berusaha juga nak update entry. owh, tajuk aku tu sebenarnya bernada apa?? depan dah macam gembira, tapi.. apesal ade tanda seru weh?? bermain emosi nampak. owh, sebenarnya, tajuk entry aku ni perlu dibaca dengan nada yang amat gembira.

aku dilahirkan sebagai anak perempuan last. weh, aku memang suka canang bagai yang aku anak perempuan last. LAST tu perkataan penting yang aku nak tekankan. mak aku pon taw aku sentiasa berangan nak jadi anak last, well, selalu mak aku layankan je. nak buat macam mane, aku dah terlahir awal.ok, aku memang mengada! pengakuan! well, mak aku cakap dulu, mase mengandungkan aku, memang teringin yang aku ni LELAKI. weh siap nak bagi name NAJIB weh, tak boleh tahan! mungkin sebab tu aku..... weh, lari tajuk. dah, tamat!

kenapa lah aku hip hip horrey sangat takde adik perempuan?? well, secara esklusifnya, aku tak nak seorang lagi AKU lahir kat rumah tu. cukuplah aku sorang? kenapa, as korang know, perempuan, means budak perempuan ni, penuh dengan sifat-sifat yang MENGADA-NGADA, BANYAK CAKAP, DLL..perangai ni sangat mengannoyingkan. sumpah! berbanding adik lelaki yang nampak cool(well, sebenarnya malas nak layan) bila aku bebel-bebel, n the most interesting part, adik-adik lelaki boleh diajak main lari-lari, tumbuk-tumbuk, tendang-tendang, wrestling-wrestling, main dukung-dukung(well, mestilah diaorang yang dukung aku!)..

weh, tu perangai budak tadika, sangat ketadikaan okey! pada pandangan aku, kalau adik perempuan, mesti asyik nak bende-bende comel. weh! mane boleh, kat rumah tuh, aku sorang je yang suka bende-benda comel. mana boleh kongsi-kongsi. kalau adik perempuan, mesti dia kedekut nak bagi pinjam baju+barang-barang comel dia. berbanding adik lelaki, kalau aku balik rumah, kekurangan seluar track or tshirt ke, dialah mangsa..hahaha(gelak jahat). tanpa banyak songeh, dia akan kata "ambik je lah ngah, yang mana-mana". weh, adik lelaki aku..super dupper baik!(well, ni ditujukan untuk adik bongsu aku!)

kesimpulannya, ada adik lelaki berumur 19thn dan 15 tahun amat menyeronokkan. hahah.. selain tak banyak cakap, mereka juga tak berebut bende-bende comel kepunyaan aku! cuma bab makan, aku perlu bertindak lebih ganas untuk mendapatkan bahagian yang banyak!

terasa aku yang paling kecik..
p/s: sekali lagi aku tekankan, aku anak perempuan LAST...hahahahha
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

1 orang lompat katak:

Lulu Caldina said...

http://lulu-pages.blogspot.com/2011/10/mereka-memang-bertuah.html

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya