Saturday, November 26, 2011

tahun baru..perlu ke azam baru?

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum....
kamu-kamu.. selamat tahun baru maal hijrah. okey, aku rasa, kalau takde lah cuti sempena awal muharam ni. aku pasti seratus peratus percent, ada je manusia-manusia yang tak tahu kewujudan awal muharam ni. eh, bukan nak cerita pasal sejarah awal muharam, nak tahu, tanya cik google, lebih tepat, mantap dan penuh informasi rasanya.

kalau kamu-kamu sekalian bukak fb, pasti buka kan... ramai lah facebookers ni duk pongprangpungprang update status mereka. TAHUN BARU, AZAM BARU.. okey, aku nak tanya pendapat kamu sekalian, penting ke menetapkan azam bila tahun baru. okey, aku admit, azam itu perlu, barulah orang kata ada semangat nak capai, okey, tak payah nak semangat sangatlah. bagi orang yang betul-betul bermati-matian nak capai matlamt, tabik SPRINGGGG!

tapi, bagi yang konon-konon nak ada azam baru setiap tahun baru ni, sekadar nak ikut trend lah. yelah kan, nanti orang tanye 'weh, azam tahun baru pe der?'. takkan nak jawab "takde lah bro' dengan bangganye. malu beb.. yelah, mesti orang duk cakap 'weh, orang takde azam ni, takde cita-cita'. ok, tak payah lah nak bergalak sangat kan. ko tu pon, azam bukan TERCAPAI sangat pon, tiap tahun, aku tengok, bertukar2 je azam ko..
   abun: azam aku tahun ni sempena awal muharam yang mulia ni, aku nak jadik pelagak ngeri.
   amin: kenapa?
  abun:  hari tu aku tengok secret garden, cambest je!
   amin: tahun lepas bukan azam ko nak jadi pelakon?
   abun: aku rasa, aku kurang kacak sikit dari aaron aziz
   amin: =.=..ok

bagi aku. ko tak salah sekelumit kuman pon kalau nak menetapkan azam, tapi, cubalah ko bagi ada rasa semangat kebersungguhan dalam nak buat azam tu kan. kalau setiap tahun pon nak tukar, haish, baik ko buat siap-siap azam tahun depan... bagi orang nampak ko lagi berpandangan jauh. ok, jauh lah sangat kan.

aku?? ada azam baru ke? hmm.. bagi aku, azam aku tak bertukar mengikut peredaran tahu, ia akan bertukar once sesuatu azam itu telah aku dapati keboleh capaiannya. dalam bahasa mudahnya, aku dah capai. macam mana dengan kamu sekalian, azam baru?
p/s: happy bestday, n bornday to my lovely bestie...niza.. love u damn much!
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya