Saturday, December 29, 2012

Applied accounting...

assalamualaikum..
bakal-bakal penduduk tanah wakaf perkuburan islam... bunyinya seram, tapi itu hakikat.. so, chill and ready.. sempat merompak masa study aku untuk update blog, hmm. study sangat kan!!

manusia (definisi manusia tu termasuk aku) kadangkala suka meluahkan pandangan, bercakap, mengadili orang lain. itu juga apa yang selalu aku buat, YA! apa kata, ambillah sedikit masa , memerhati gelagat manusia lain, duduk dan berfikir. kadangkala,bila kau fikir-fikir balik, YA! sebenarnya apa yang kau adili pada manusia lain itu jelas-jelas terlalu berat, terlalu melulu dan akhirnya kau akan fikir, manusia itu tulus dan apa yang dilakukannya bersebab dan jika kau di tempatnya, apa yang dilakukannya pasti tersenarai dalam salah satu pilihan kau.
kalau kau tak dapat jadi yang terbaik, sekurang-kurangnya, cubalah untuk jadi yang terbaik, agar kau tidak mennyesal di kemudian hari.

lebih indah lagi, bila kau memerhati gelagat manusia lain, kau akan belajar dari kesilapa. YA! bila kau fikir, kenapa perilaku mereka begitu, begini... dan pada akhirnya, kau akan sedar, eh, aku sebenarnya macam mereka juga, YA! buat apa aku kata pada mereka begitu, begini, sedangkan, aku juga sebahagian dari mereka... apa bezanya aku dan mereka, kalau aku kata mereka pentingkan diri, eh, aku juga, jika aku kata mereka berlebihan, eh, aku juga seperti mereka, tiada beza.

sebenarnya, bila kau lebihkan memerhati dan berfikir instead of bercakap mengenai manusia lain, itu sebahagian dari cara kau muhasabah diri kau, YA! cara paling ringkas, agar kau dapat AUDIT diri sendiri. apa guna aku pelajar accounting jika aku hanya audit penyata kewangan syarikat besar-besar, rasa diri hebat, dapat kesan misappropriate, jika aku tak dapat audit diri sendiri, mengesan apa yang tak kena pada diri aku, buat ADJUSTMENT, untuk pastikan diri aku sekurang-kurangnya bebas dari unsur-unsur negatif apabila AUDIT REPORT tentang diri aku dapat dibentang di AKHIRAT, didepan para manusia lain, TRUE AND FAIR VIEW.


p/s: semoga final exam semester ini memberikan lebih kegembiraan kepasa kita, Insya Allah.
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, December 08, 2012

Berjimba di MAHA...

assalamualaikum..
apa khabar iman-iman kamu semua, moga masih berada dalam keadaan sihat hendaknya.. sebenarnya dah 2 minggu lepas event MAHA ni, aku sempat lah berjalan-jalan walaupun tak puas, disertakan gambar sekali, enjoys!

kunjungan pertama

aku tak tahu ini lembu ataupun seladang, tapi, dia sungguh gagah perkasa.. sangat!

gambar aku bersama.. erk!

sarang burung walit..

serius, kucing ni sedang menggoda aku! cair!!

jejak kasih dengan lynn & syikin


subhanallah, besar betul, rangka ikan paus, ori ni weh!
 
rumah sarawak

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

istanbul, i'm comingggggg!

assalamualaikum (penulisan kembali seperti biasa)

bakal-bakal jemaah kubur sekalian, harapnya iman anda masih tetap didada. ok, siti norbaiyah sangat! ingat entri lepas, aku cakap nak review buku yang telah aku khatamkan.. ha, jangan salah tafsir, entry ni tak akan sentuh pasal cerita instanbulbul aku datang tu.. sebab tak best, aku tambah bulbul kat belakang tu, tak ada kene mengena!

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel
dengan rendah dirinye, ni pest time aku dapat baca buku sejarah islam dengan jayanya, seronoknya, dan paling menakjubkan, buku ni gagal buat aku mengantuk.. ya, ianya SEJARAH. RARE sekali aku tak tidur bila ia nya sejarah. mungkin permulaan untuk aku taksub kepada buku-buku sebegini selepas taksubnya aku kat novel.

aku rasa, sebelum kamu-kamu semua pegi tengok istanbulbul aku datang tu, baik baca buku ni.. kenapa??? sebab Konstantinopel ni dikenali juga sebagai ISTANBUL. ya! betapa susahnya pahlawan-pahlawan islam nak menakluk kota ni, dan berjayanya Sultan Muhammad menakluk kota ini, satu kejayaan besar buat umat islam pada ketika itu.. menariknya, bagaimana Sultan Muhammad meletakkan syarat pada bala tenteranya.. aku rasa, kalau sekarang, syarat tu kita letakkan kat menteri-menteri dan timbalannya, hurm.. ada ke yang layak????? nak tahu syaratnya, baca sendiri lah, bagi unsur suspen sikit.......

Serius, aku TERPAKSA guna penanda buku ni !
sapa nak baca, bolehlah beli sendirik, ataupun pinjam dari aku, aku sangat mengalu-alukan sapa yang nak pinjam!
"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyar yang baik-Nabi Muhammad SAW-"
p/s: sape-sape tak nak bagi aku pinjam buku 'tenggelamnya kapal van der wjick ' ke????
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, December 03, 2012

sore di UPM..


subhanallah...
pssttt: aku dah nak habis baca satu buku, tunggu review next entry..yey!


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, November 19, 2012

percubaan pertama...

assalamualaikum..
bakal-bakal ahli kubur sekalian. nampak seram tak pembuka kata aku. 2 minggu yang lepas, buku yang aku pesan, akhirnya sampai ke tangan aku. bukan buku, tapi lebih berbentuk novel pendek. tajuknya begitu menarik perhatian aku, review-review dari pembaca yang sungguh positif, nekad aku ingin cuba sendiri membaca novel ini, tajuknya rare sekali, sungguh RARE.
Arsonist Jalan Labrooy
aku bukanlah pembaca tegar, kalau ada buku, aku akan baca, AKAN (selain buku ilmiah.. #LOL) novel, majalah, komik, dll. waima ia akan mengambil masa berminggu2, tapi, ini percubaan pertama, membaca naskah berbentuk sastera, ya, bahasanya cukup menggambarkan ianya tidak boleh dibaca sambil lewa, kau perlu memahaminya, maksud tersiratnya.. baru nanti kau akan menghayati jalan cerita ini.


mengisahkan bagaimana Sola, Comas.. sepasang adik beradik, lari dari rumah, menjalani hidup penuh berliku dalam dunia realiti. sayangnya Comas pada Sola, tapi pada satu tahap, Sola terpaksa dikorbankan, untuk menjalani hidup yang lebih baik, pada kiraan Comas. deritanya hidup sebagai gelandangan. tema kehidupan realiti yang begitu kemas garapannya. diselitkan sindiran-sindiran masyarakat. terselit banyak ayat yang mampu membuat aku termenung lama. memahami maksud ayat yang dalam.

sisi lain novella garapan Riduan Abdullah, pada aku, tidak sesuai, mungkin tak kena, ataupun sebenarnya aku tak begitu meminati sesetengah ayatnya, yang terlalu extreme bagi aku, tak mampu aku terima.. mungkin novella sastera seperti ini perlukan sedikit unsur 'ITU'.. untuk tampak lebih berani, pada mereka. 
Sola, aku hidup untuk satu maksud. untuk lukisksn senyuman di bibir kau bilamana air mata cuba untuk mengikis potret ceria kau. -Comas-
p/s: target seterusnya-Tengelamnya kapal Van Der Wjick

www.tips-fb.com

Saturday, November 17, 2012

inspired (bahagian 2)

assalamualaikum,
si kachak, cute, manis serta menawan hati.. ini merupakan sambungan entry leps, mungkin lebih kepada penyelesain quote kedua yang aku biarkan tergantung pada entri sebelumnya.
mimpi ke paris menyatukan arai dan ikal, sahabat sejati
'sang pemimpi', mungkin tajuk ini lebih mirip kepada watak utama filem ini, Arai. Arai, seorang yang sangat berpengang pada mimpi2nya, yang pasti bukan mimpi kosong. keinginan yang tinggi untuk memiliki Zakiah Nurmala, mencuit hati. manakan tidak, di malam yang hening, hadapan rumah Zakiah, Arai  membawa kumpulan musik, megiringi nyanyiannya yang ditemani gitar, asyik, serius, sedap didengar.. Ikal, sahabat kecil Arai, hidupnya berubah sejak mengenali arai, sang pemimpi. Ikal, tekad untuk mendampangi Arai, sejak tabung simpanan mereka, dikorbankan untuk membantu mereka yang dala'm kesusaha, Ikal begitu mengagumi Arai sejak peristiwa itu, sungguh, Ikal berjanji tidak akan jauh dari Arai. Jimbron, melengkapkan tiga sekawan. watak yang terlalu obsesi terhadap kuda. ya KUDA. bagaimana Arai sanggup menghadiahkan seekor kuda buat Jimbron. sunggun jelas mereka bukan sekadar kawan, tetapi sahabat. kawan dan sahabat, definisinya pada aku berbeza. tabung kuda berwarna hitam dan putih, berisi wang yang sama rata banyaknya, Jimbron berikan buat Ikan dan Arai, kerana dia tekad mahu kedua sahabtnya itu melanjutkan pelajaran. bagaimana mahu mencari sahabat se'sejati' itu..

Pernah Ikal putus asa terhadap mimpinya untuk ke luar negara, melanjutkan pelajaran, gara-gara Arai yang tiba-tiba menghilang. HILANG! dek kerana tersedar bahawa mimpi itu bakal memberinya kebaikan, Ikal bangkit, berusaha mendapatkan biasiswa untuk ke luar negara, di situlah, Arai muncul kembali dalam hidup Ikal, menyatukan mereka kembali, selama-lamanya. filem ini, aku syorkan, buat mereka yang rasakan bahawa bersahabat itu tiada kemanisan, buat yang dambakan filem yang memberi kelainan dan bakal memberi inspirasi buat anda. yang mahukan filem romantika de amor, ya, saya sarankan, filem ini bukan pilihan utama buat anda... diselitkkan banyak kata-kata dari tokoh2 yang ditampilkan dalam filem ini. kelas harian mereka dimulai dengan kata-kata tokoh yang memberi mereka inspirasi, ya, filem ini penuh inspirasi, buat mereka yang bakal terinspirasi...




seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Thursday, November 08, 2012

inspired (balasan entri tergantung)

assalamualaikum...

si kachak dan si manis... rasanya lama benar sudah aku tinggalkan entri sebelum ini tergantung.. ya, macam layang2 tersangkut di pohon buluh. merepek benar! aku tinggalkan 2 quote yang aku sendiri bina ayatnya... wah, perasan tak, lain benar ayat aku pada malam nan gelap, sejuk2 aiskrim malaysia ni kan, ah, persetankan (wah!).. rasa mahu anjakkan cara penulisan aku malam ni, rasanya malam ni saja.. purnama yang lepas, aku berjaya juga menonton 2 filem Indonesia (erk) dalam situasi internet yang tak begitu menggembirakan hati, yang ku rasa, filem itu mampu memberi inspirasi pada aku.. juga pada kamu, MUNGKIN.

 utuhnya cinta hamid buat zainab. ini baru betul cinta sampai mati
filem ini buat aku terfikir, masih wujud cinta suci sebagaima cinta hamid buat zainab. maafkan saya! di bawah lindungan kaabah.. menyentuh hati, ya! aku tak tak dapat banyangkan, ada lagi kah pasangan yang bercakap dengan dibatasai dinding pagar, tidak berpegang tangan, hanya menyentuh dinding.. ya, filem ini aku rasa kekal dan masih menyentuh hati walaupun tiada adegan yang........ ya, mungkin ada sedikit, ya, sedikit.. wanita yang masih mengikut kehendak orang tua tapi keyakinannya yang tinggi terhadap Allah, agar doanya untuk dapat bersama orang yang dicintainya, setianya zainab pada hamid. "apa cita-cita terbesar kau, hamid"..  "aku ingin ke Makkah, menunaikan haji" .. hamid, sekali lagi kau menyentuh hati aku! letakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Yang satu, pasti, dialah sebaik-baik perancang. hamid,  hembusan terakhir kau di sisi kaabah, disusuli senyuman terakhir Zainab tatkala utusan surat kau sampai ke tangannya, penyatuan dua jiwa di alam sana. sayu. sungguh !

p/s: punya sambungan lagi..

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, October 20, 2012

meng 'inspirasi'

 utuhnya cinta hamid buat zainab. ini baru betul cinta sampai mati

mimpi ke paris menyatukan arai dan ikal, sahabat sejati.

p/s; free nanti baru aku update penuh hokeyy
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Thursday, October 18, 2012

percayalah...!

yakin bahawa setiap ujian yang diturunkan itu, pasti ada hikmah di sbaliknya

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Friday, October 05, 2012

usaha itu penting...!

assalamualaikum...
si chomel, si kachak juga si manis... hawaw u??? ok, entry ni panjang sikit kot..ok, panjang sikit... nak hilangkan boring seketika setelah menghadap journal..ohemgee... JOURNAL weh...

bagi aku,(bagi aku.. i mean it!) kalau kau nak dapatkan sesuatu.. adalah penting untuk berusaha, USAHA.. aku tahu, sesetengah orang tak payah dok pulun usaha pon, they still get what their want, or more than that...(speking hokeyy).. itu aku anggap kelebihan diaorang lah, atau mungkin Allah nak test kat diaorng... problem statement untuk entry ni, sebab kebelakangan ni, aku tengok kawan-kawan aku kat fb duk ligat buat entah ape infinity download.. ala, yang login facebook, kau dapat duit... wehhhhhhhh! ni heaven!

bukan lah aku jelous tengok duit berkepuk2 diaorang, tapi bila aku fikir sedalam2nya.. kalau lah semudah tu dapat duit, kenapa perlu duk orang ramai sibuk2 masuk universiti lah, duk oversea lah... sebab aku tengok, diaorang ni tak nampak pon macam jual service or barang.. or aku yang tak tahu.. hmm... eh, aku bukan berfikiran negatif, cuma ada lah sikit, seriously, walaupun bende ni diaorang kata halal, aku tak berminat pon, sebab, aku rasa, kau kalau nak sesuatu, kau kene berusaha semampu mungkin, bukan hanya klik share, taip2, suruh orang bank in duit kat kau punya akaun, aku tak boleh terima ini... TAK BOLEH!


dulu ada jugak aku tengok benda2macam ni, tapi dia duk senyap sebentar.. pastu sekarang mula balik.. di situ aku nampak kemusykilan, kalau lah benda tu betul2 mendatangkan keuntungan tanpa diragui.. kenapa dia tak berterusan dan kenapa najib tak umum untuk bagi dana kat benda infinity download ni bagi besar siki t biar budak2 yang nak bayar ptptn ni cepat sikit bayar, tak yah kau dok penat2 masuk job street cari keje, hari2 duk rumah bayar broadband, login facebook je.. kan mudah..kan.. MUDAH!

usahalah semampumu untuk mendapatkan apa yang kau inginkan. pasti kepuasan yang kau dapat tu berganda.. pasti!

tapi, mungkin rezeki diaorang memang duk kat benda2 yang tak memerlukan usaha yang sedaya mungkin boleh kau bagi. mudah-mudahan rezeki diaorang murah dan kalau benda2 ntah apa2 tu tak betul, bagi lah mereka sedar awal2...
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, October 01, 2012

inverse!

assalamualaikum...
si manis dan si kachak sekalian.. akibat kekangan masa... masih belum ada mood untuk menghasilkan post yang panjang2...

this NEGATIVE makes me happy..alhamdulillah !

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, September 29, 2012

breakfast and bla..bla...bla...

assalamualaikum...
selamat pagi si manis dan si kachak! no idea untuk tulis entry berjela...


happy breakfast ! (nak feeling instagram tapi my baby ixus tak canggih, huh!)


mataku kini 4..hoyehhh.. 


si manis rumate baru bagi.. weh..comel sedunia!

p/s: sekarang gambar aku sume adalah ihsan baby ixus aku, si kachak sony E dah lari cari tuan lain... sob3...
      (gambar tanpa edit..hoyehhhhh!)

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Thursday, September 27, 2012

Dunia tanpa sempadan


ini kita panggil teknologi melangkaui sempadan

ini pulak, dunia tiada sempadan.. LOL! 
p/s: pictures tell everything!


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Thursday, September 20, 2012

buaya kembali mengganas !


miss me???
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya