Saturday, November 17, 2012

inspired (bahagian 2)

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum,
si kachak, cute, manis serta menawan hati.. ini merupakan sambungan entry leps, mungkin lebih kepada penyelesain quote kedua yang aku biarkan tergantung pada entri sebelumnya.
mimpi ke paris menyatukan arai dan ikal, sahabat sejati
'sang pemimpi', mungkin tajuk ini lebih mirip kepada watak utama filem ini, Arai. Arai, seorang yang sangat berpengang pada mimpi2nya, yang pasti bukan mimpi kosong. keinginan yang tinggi untuk memiliki Zakiah Nurmala, mencuit hati. manakan tidak, di malam yang hening, hadapan rumah Zakiah, Arai  membawa kumpulan musik, megiringi nyanyiannya yang ditemani gitar, asyik, serius, sedap didengar.. Ikal, sahabat kecil Arai, hidupnya berubah sejak mengenali arai, sang pemimpi. Ikal, tekad untuk mendampangi Arai, sejak tabung simpanan mereka, dikorbankan untuk membantu mereka yang dala'm kesusaha, Ikal begitu mengagumi Arai sejak peristiwa itu, sungguh, Ikal berjanji tidak akan jauh dari Arai. Jimbron, melengkapkan tiga sekawan. watak yang terlalu obsesi terhadap kuda. ya KUDA. bagaimana Arai sanggup menghadiahkan seekor kuda buat Jimbron. sunggun jelas mereka bukan sekadar kawan, tetapi sahabat. kawan dan sahabat, definisinya pada aku berbeza. tabung kuda berwarna hitam dan putih, berisi wang yang sama rata banyaknya, Jimbron berikan buat Ikan dan Arai, kerana dia tekad mahu kedua sahabtnya itu melanjutkan pelajaran. bagaimana mahu mencari sahabat se'sejati' itu..

Pernah Ikal putus asa terhadap mimpinya untuk ke luar negara, melanjutkan pelajaran, gara-gara Arai yang tiba-tiba menghilang. HILANG! dek kerana tersedar bahawa mimpi itu bakal memberinya kebaikan, Ikal bangkit, berusaha mendapatkan biasiswa untuk ke luar negara, di situlah, Arai muncul kembali dalam hidup Ikal, menyatukan mereka kembali, selama-lamanya. filem ini, aku syorkan, buat mereka yang rasakan bahawa bersahabat itu tiada kemanisan, buat yang dambakan filem yang memberi kelainan dan bakal memberi inspirasi buat anda. yang mahukan filem romantika de amor, ya, saya sarankan, filem ini bukan pilihan utama buat anda... diselitkkan banyak kata-kata dari tokoh2 yang ditampilkan dalam filem ini. kelas harian mereka dimulai dengan kata-kata tokoh yang memberi mereka inspirasi, ya, filem ini penuh inspirasi, buat mereka yang bakal terinspirasi...




seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya