Thursday, November 08, 2012

inspired (balasan entri tergantung)

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum...

si kachak dan si manis... rasanya lama benar sudah aku tinggalkan entri sebelum ini tergantung.. ya, macam layang2 tersangkut di pohon buluh. merepek benar! aku tinggalkan 2 quote yang aku sendiri bina ayatnya... wah, perasan tak, lain benar ayat aku pada malam nan gelap, sejuk2 aiskrim malaysia ni kan, ah, persetankan (wah!).. rasa mahu anjakkan cara penulisan aku malam ni, rasanya malam ni saja.. purnama yang lepas, aku berjaya juga menonton 2 filem Indonesia (erk) dalam situasi internet yang tak begitu menggembirakan hati, yang ku rasa, filem itu mampu memberi inspirasi pada aku.. juga pada kamu, MUNGKIN.

 utuhnya cinta hamid buat zainab. ini baru betul cinta sampai mati
filem ini buat aku terfikir, masih wujud cinta suci sebagaima cinta hamid buat zainab. maafkan saya! di bawah lindungan kaabah.. menyentuh hati, ya! aku tak tak dapat banyangkan, ada lagi kah pasangan yang bercakap dengan dibatasai dinding pagar, tidak berpegang tangan, hanya menyentuh dinding.. ya, filem ini aku rasa kekal dan masih menyentuh hati walaupun tiada adegan yang........ ya, mungkin ada sedikit, ya, sedikit.. wanita yang masih mengikut kehendak orang tua tapi keyakinannya yang tinggi terhadap Allah, agar doanya untuk dapat bersama orang yang dicintainya, setianya zainab pada hamid. "apa cita-cita terbesar kau, hamid"..  "aku ingin ke Makkah, menunaikan haji" .. hamid, sekali lagi kau menyentuh hati aku! letakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Yang satu, pasti, dialah sebaik-baik perancang. hamid,  hembusan terakhir kau di sisi kaabah, disusuli senyuman terakhir Zainab tatkala utusan surat kau sampai ke tangannya, penyatuan dua jiwa di alam sana. sayu. sungguh !

p/s: punya sambungan lagi..

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya