Monday, November 19, 2012

percubaan pertama...

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum..
bakal-bakal ahli kubur sekalian. nampak seram tak pembuka kata aku. 2 minggu yang lepas, buku yang aku pesan, akhirnya sampai ke tangan aku. bukan buku, tapi lebih berbentuk novel pendek. tajuknya begitu menarik perhatian aku, review-review dari pembaca yang sungguh positif, nekad aku ingin cuba sendiri membaca novel ini, tajuknya rare sekali, sungguh RARE.
Arsonist Jalan Labrooy
aku bukanlah pembaca tegar, kalau ada buku, aku akan baca, AKAN (selain buku ilmiah.. #LOL) novel, majalah, komik, dll. waima ia akan mengambil masa berminggu2, tapi, ini percubaan pertama, membaca naskah berbentuk sastera, ya, bahasanya cukup menggambarkan ianya tidak boleh dibaca sambil lewa, kau perlu memahaminya, maksud tersiratnya.. baru nanti kau akan menghayati jalan cerita ini.


mengisahkan bagaimana Sola, Comas.. sepasang adik beradik, lari dari rumah, menjalani hidup penuh berliku dalam dunia realiti. sayangnya Comas pada Sola, tapi pada satu tahap, Sola terpaksa dikorbankan, untuk menjalani hidup yang lebih baik, pada kiraan Comas. deritanya hidup sebagai gelandangan. tema kehidupan realiti yang begitu kemas garapannya. diselitkan sindiran-sindiran masyarakat. terselit banyak ayat yang mampu membuat aku termenung lama. memahami maksud ayat yang dalam.

sisi lain novella garapan Riduan Abdullah, pada aku, tidak sesuai, mungkin tak kena, ataupun sebenarnya aku tak begitu meminati sesetengah ayatnya, yang terlalu extreme bagi aku, tak mampu aku terima.. mungkin novella sastera seperti ini perlukan sedikit unsur 'ITU'.. untuk tampak lebih berani, pada mereka. 
Sola, aku hidup untuk satu maksud. untuk lukisksn senyuman di bibir kau bilamana air mata cuba untuk mengikis potret ceria kau. -Comas-
p/s: target seterusnya-Tengelamnya kapal Van Der Wjick

www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya