Saturday, December 29, 2012

Applied accounting...

assalamualaikum..
bakal-bakal penduduk tanah wakaf perkuburan islam... bunyinya seram, tapi itu hakikat.. so, chill and ready.. sempat merompak masa study aku untuk update blog, hmm. study sangat kan!!

manusia (definisi manusia tu termasuk aku) kadangkala suka meluahkan pandangan, bercakap, mengadili orang lain. itu juga apa yang selalu aku buat, YA! apa kata, ambillah sedikit masa , memerhati gelagat manusia lain, duduk dan berfikir. kadangkala,bila kau fikir-fikir balik, YA! sebenarnya apa yang kau adili pada manusia lain itu jelas-jelas terlalu berat, terlalu melulu dan akhirnya kau akan fikir, manusia itu tulus dan apa yang dilakukannya bersebab dan jika kau di tempatnya, apa yang dilakukannya pasti tersenarai dalam salah satu pilihan kau.
kalau kau tak dapat jadi yang terbaik, sekurang-kurangnya, cubalah untuk jadi yang terbaik, agar kau tidak mennyesal di kemudian hari.

lebih indah lagi, bila kau memerhati gelagat manusia lain, kau akan belajar dari kesilapa. YA! bila kau fikir, kenapa perilaku mereka begitu, begini... dan pada akhirnya, kau akan sedar, eh, aku sebenarnya macam mereka juga, YA! buat apa aku kata pada mereka begitu, begini, sedangkan, aku juga sebahagian dari mereka... apa bezanya aku dan mereka, kalau aku kata mereka pentingkan diri, eh, aku juga, jika aku kata mereka berlebihan, eh, aku juga seperti mereka, tiada beza.

sebenarnya, bila kau lebihkan memerhati dan berfikir instead of bercakap mengenai manusia lain, itu sebahagian dari cara kau muhasabah diri kau, YA! cara paling ringkas, agar kau dapat AUDIT diri sendiri. apa guna aku pelajar accounting jika aku hanya audit penyata kewangan syarikat besar-besar, rasa diri hebat, dapat kesan misappropriate, jika aku tak dapat audit diri sendiri, mengesan apa yang tak kena pada diri aku, buat ADJUSTMENT, untuk pastikan diri aku sekurang-kurangnya bebas dari unsur-unsur negatif apabila AUDIT REPORT tentang diri aku dapat dibentang di AKHIRAT, didepan para manusia lain, TRUE AND FAIR VIEW.


p/s: semoga final exam semester ini memberikan lebih kegembiraan kepasa kita, Insya Allah.
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, December 08, 2012

Berjimba di MAHA...

assalamualaikum..
apa khabar iman-iman kamu semua, moga masih berada dalam keadaan sihat hendaknya.. sebenarnya dah 2 minggu lepas event MAHA ni, aku sempat lah berjalan-jalan walaupun tak puas, disertakan gambar sekali, enjoys!

kunjungan pertama

aku tak tahu ini lembu ataupun seladang, tapi, dia sungguh gagah perkasa.. sangat!

gambar aku bersama.. erk!

sarang burung walit..

serius, kucing ni sedang menggoda aku! cair!!

jejak kasih dengan lynn & syikin


subhanallah, besar betul, rangka ikan paus, ori ni weh!
 
rumah sarawak

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

istanbul, i'm comingggggg!

assalamualaikum (penulisan kembali seperti biasa)

bakal-bakal jemaah kubur sekalian, harapnya iman anda masih tetap didada. ok, siti norbaiyah sangat! ingat entri lepas, aku cakap nak review buku yang telah aku khatamkan.. ha, jangan salah tafsir, entry ni tak akan sentuh pasal cerita instanbulbul aku datang tu.. sebab tak best, aku tambah bulbul kat belakang tu, tak ada kene mengena!

Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel
dengan rendah dirinye, ni pest time aku dapat baca buku sejarah islam dengan jayanya, seronoknya, dan paling menakjubkan, buku ni gagal buat aku mengantuk.. ya, ianya SEJARAH. RARE sekali aku tak tidur bila ia nya sejarah. mungkin permulaan untuk aku taksub kepada buku-buku sebegini selepas taksubnya aku kat novel.

aku rasa, sebelum kamu-kamu semua pegi tengok istanbulbul aku datang tu, baik baca buku ni.. kenapa??? sebab Konstantinopel ni dikenali juga sebagai ISTANBUL. ya! betapa susahnya pahlawan-pahlawan islam nak menakluk kota ni, dan berjayanya Sultan Muhammad menakluk kota ini, satu kejayaan besar buat umat islam pada ketika itu.. menariknya, bagaimana Sultan Muhammad meletakkan syarat pada bala tenteranya.. aku rasa, kalau sekarang, syarat tu kita letakkan kat menteri-menteri dan timbalannya, hurm.. ada ke yang layak????? nak tahu syaratnya, baca sendiri lah, bagi unsur suspen sikit.......

Serius, aku TERPAKSA guna penanda buku ni !
sapa nak baca, bolehlah beli sendirik, ataupun pinjam dari aku, aku sangat mengalu-alukan sapa yang nak pinjam!
"Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyar yang baik-Nabi Muhammad SAW-"
p/s: sape-sape tak nak bagi aku pinjam buku 'tenggelamnya kapal van der wjick ' ke????
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, December 03, 2012

sore di UPM..


subhanallah...
pssttt: aku dah nak habis baca satu buku, tunggu review next entry..yey!


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya