Saturday, December 29, 2012

Applied accounting...

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum..
bakal-bakal penduduk tanah wakaf perkuburan islam... bunyinya seram, tapi itu hakikat.. so, chill and ready.. sempat merompak masa study aku untuk update blog, hmm. study sangat kan!!

manusia (definisi manusia tu termasuk aku) kadangkala suka meluahkan pandangan, bercakap, mengadili orang lain. itu juga apa yang selalu aku buat, YA! apa kata, ambillah sedikit masa , memerhati gelagat manusia lain, duduk dan berfikir. kadangkala,bila kau fikir-fikir balik, YA! sebenarnya apa yang kau adili pada manusia lain itu jelas-jelas terlalu berat, terlalu melulu dan akhirnya kau akan fikir, manusia itu tulus dan apa yang dilakukannya bersebab dan jika kau di tempatnya, apa yang dilakukannya pasti tersenarai dalam salah satu pilihan kau.
kalau kau tak dapat jadi yang terbaik, sekurang-kurangnya, cubalah untuk jadi yang terbaik, agar kau tidak mennyesal di kemudian hari.

lebih indah lagi, bila kau memerhati gelagat manusia lain, kau akan belajar dari kesilapa. YA! bila kau fikir, kenapa perilaku mereka begitu, begini... dan pada akhirnya, kau akan sedar, eh, aku sebenarnya macam mereka juga, YA! buat apa aku kata pada mereka begitu, begini, sedangkan, aku juga sebahagian dari mereka... apa bezanya aku dan mereka, kalau aku kata mereka pentingkan diri, eh, aku juga, jika aku kata mereka berlebihan, eh, aku juga seperti mereka, tiada beza.

sebenarnya, bila kau lebihkan memerhati dan berfikir instead of bercakap mengenai manusia lain, itu sebahagian dari cara kau muhasabah diri kau, YA! cara paling ringkas, agar kau dapat AUDIT diri sendiri. apa guna aku pelajar accounting jika aku hanya audit penyata kewangan syarikat besar-besar, rasa diri hebat, dapat kesan misappropriate, jika aku tak dapat audit diri sendiri, mengesan apa yang tak kena pada diri aku, buat ADJUSTMENT, untuk pastikan diri aku sekurang-kurangnya bebas dari unsur-unsur negatif apabila AUDIT REPORT tentang diri aku dapat dibentang di AKHIRAT, didepan para manusia lain, TRUE AND FAIR VIEW.


p/s: semoga final exam semester ini memberikan lebih kegembiraan kepasa kita, Insya Allah.
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya