Tuesday, July 09, 2013

1cm kegembiraan

Assalamualaikum.
Warga bumi yang dirahmati sekalian. Selamat berpuasa ye kepada semua yang puasa. 

Lain orang, pasti ada definisi mereka sendiri, apa itu kegembiraan, pada sisi masing-masing. Ada orang, kalau kaya raya, suami kachak,anak datuk, gaji ribu riban.. tahap gembira itu, pasti berkilometer. Ada yang makan pakai cukup, gaji mencukupi, keperluan cukup, sudah cukup gembira. YA, ukuran kegembiraan itu pastinya terpulang pada yang meraikan.

Pada aku, gembira itu bukan mutlak pada sebanyak mana impian kau yang dapat ditunaikan, tetapi bagaimana kau meraikan sesuatu, waima sekecil mana pun sesuatu itu. Aku bagi contoh; kau patut merasa gembira melonjak-lonjak kerana tahun ini, kau diberi peluang untuk berpuasa... nampak macam biasa, tapi raikan ia dengan penuh kesyukuran, pastinya, kegembiraan itu sentiasa berpanjangan. 

Ya, tahap kesyukuran itu penting. Saat kau bersyukur atas sesuatu walaupun kecil, pasti kau akan gembira. Jadi, petua untuk gembira, raikan sekecil mana pun kegembiraan yang engkau rasa, bersyukur, nescaya Allah akan tambahkan lagi kegembiraan itu. 
Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya(dengan bersyukur). 93:11

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Thursday, May 30, 2013

In advance !

Assalamualaikum,
Penduduk bumi sekalian, diharapkan sihat rohani serta jasmaninya juga. Ok, terlalu lama rasanya aku letakkan entry "teaser' tu tanpa ada apa-apa entry lanjutan.

Faktornya, projek teaser tu sangat tepat untuk di 'launch' hari ni. sebab?? 




Selamat Hari jadi Alin. 30052013

Ok, ini hadiah hari jadi untuk cik Alin. ok, sangat advance aku buat hadiah untuk Alin, sebab, cik ni tak sabar-sabar nak balik rumah. Alin, kawan aku sejak dari 1st sem.. 1ST SEM weh... :)

Alin,
  • Semoga panjang umur, murah rezeki
  • Sentiasaa diberkati
  • Dijauhkan dari segala malapetaka
  • Diberikan kesabaran yang tinggi
  • Dipermudahkan segala urusan
  • Cepat-cepat kahwin

p/s: Suka buat bunga2 tu ><
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, May 20, 2013

Teaser

Assalamualaikum..
Apa khabar warga planet bumi sekalian. Sebab tajuk pon teaser, so, nantikan...

1st time mencuba, but love it!
bunga kegemaran.
----


---


--


-
 Nantikan...

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, May 18, 2013

Bernafas kembali

Assalamualaikum..
apa khabar warga bumi sekalian, moga sihat hendaknya, ok.. setelah berminggu-minggu bilik aku di anak tirikan, hari ni, dengan gigihnya, aku mengelap segala-galanya. tadaaa... bau yang wangi, dan akhirnya, aku dapat bernafas tanpa habuk2 yang tebal !!

Bilik baru, semangat baru!!!
p/s: pagi ni tangan aku tiba2 kebas, tak boleh angkat><

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Sunday, April 28, 2013

Bedak dan foundation

Assalamualaikum,
Apa khabar penghuni bumi sekalian??? Harap sihat fizikal, rohaninya juga. Aku tak berniat nak buat tutorial mekap, BUKAN. Ini sebenarnya nasihat buat diri aku, manusia yang sering leka dan lupa. Peringatan buat diri aku, juga buat yang membaca.

Aku definisikan dulu kedua-dua elemen dalam tajuk aku. Bedak tu pada tafsiran aku, tepung halus yang berbau wangi, dapat memutihkan muka seketika sahaja, bila ia dipakai dengan ketebalah tepung gomak. Foundation pula, atas pengetahuan secara umumnya, dia adalah magic, yang dapat menutup liang serta cela yang terdapat di wajah. Hasilnya, kulit muka anda akan nampak lebih flawless.

Tamat pendefinisian aku. secara umumnya, aku suka menggunakan perumpamaan seperti tajuk di atas untuk membincangkan sesuatu, agar ia lebih mudah dihadam, serta umum dapat menerimanya. Solat, aku tak mampu nak berkata aku ini solatnya, sempurna, penuh khusyuk, ikhlas, siapa aku untuk menjadi juri atas perbuatan aku sendiri. Kerana aku ini manusia, yang ilmunya kurang, sangat kurang... jadi, untuk mendefinisikan khusyuk itu, aku juga tidak layak.

Justeru, atas kekurangan itu, aku jarang sekali memikirkan, bagaimana aku harus menutup segala cela serta liang-liang kosong atas kekurangan aku itu. YA, aku harus bertindak, mengenakan FOUNDATION untuk sekurang-kurangnya menutup pori-pori terbuka aku dalam beribadat. Kau juga, perlu rasanya bertindak sekarang, agar pori-pori itu tidak terus-terusan terbuka luas hingga takut, masa aku, kau juga tidak cukup untuk menutup lubang pori itu.

Perbualan dengan seseorang, menjadikan aku lebih sedar, lemahnya kau, kurangnya aku sebagai hamba. Butir-butir bicaranya penuh dengan ilmu. Aku sedarkan diri aku, ambil langkah, menutup lubang-lubang yang ada, ya, tidak banyak, sedikit-sedikit, tapi berterusan. Mulakan hari ini, kerana takut, esok, aku dan kau tidak tahu, mampukah kita melakukannya.




seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Saturday, March 30, 2013

Ajari Aku

Aku selalu mengeluh, kenapa aku begini, begini, begitu, begitu.. mengeluh bila buat itu, buat ini, 
Mak kata,
Jangan mengeluh, takut nanti lama-lama, jadi tak ikhlas pulak,
Bila aku lambat solat,
Mak kata,
Takut nanti Allah tak makbulkan doa aku,
Bila aku hilang sesuatu,
Mak kata,
Takpa, itu bukan rezeki aku, rezeki orang mungkin..
Bila aku beli barang-barang banyak sikit,
Mak kata,
Sekali sekala takpa, simpan duit, masa depan kita, kita tak tahu,
Bila aku malas-malas masak,
Mak kata,
Nanti kalau dapat suami orang susah macam mana, mana ada orang gaji,
Bila duit masuk je,
Mak kata,
Simpan dulu, baru belanja,
Bila aku mengadu duit semakin berkurang,
Mak kata,
Berjimat, ingat ada orang yang lebih-lebih susah dari kita, INGAT..
Bila aku bercerita tentang orang lain,
Mak kata,
JANGAN macam tu, takut nanti kalau kena kat kita, tak terkata kita..

Emak,
Selalu mengajar aku bersederhana dalam apa jua aku ada,
Jangan menunjuk kalau senang, jangan merungut kalau susah,
Sebab mak kata, betapa susahnya kita, jangan lupa ada orang yang lebih susah dari kita,
Mak kata, cukup makan, cukup pakai, ada tempat berlindung, Syukur alhamdulillah.
Selalu mengingatkan aku tentang kesusahan..

Beginilah aku,atas nasihat mak aku jadi belajar apa itu erti kesabaran, belajar bersangka baik kepada orang, belajar yang berdiam itu banyak berganda baiknya, belajar apa itu besederhana, belajar menjadi orang yang lebih bersyukur,

Aku yang masih belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari.

Mak



seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Tuesday, March 26, 2013

Laugh and Smile

Assalamualaikum..
Okey, memandangkan aku sudah pun berada di tahun akhir, kami-kami telah mengadakan satu graduation trip. Yala, konon-konon nak mencipta memori sebelum masing-masing berkahwin, bekerja, tidak kurang juga yang nak sambung belajar. Aku bagi rate "awesome' buat kawan-kawan penganjur trip ke Bukit Cahaya dan Pantai Morib ni. TERIMA KASIH!! Aku yakin, 5 tahun lagi, kalau aku jumpa dengan kawan-kawan aku, Trip ni pasti jadi tajuk utama, mula lah nak mengimbas2 kembali.

Trip yang penuh gelak ketawa, penuh kasih sayang, dan tak kurang juga, buat aku yang menunjukkan diri sebenar. hah!! Trip yang aku PASTI, pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan buat aku dan kawan-kawan aku. Satu tanda aras, menandakan waktu kami bersama sudah hampir ke tamat, ini part sedih. YA. 4 tahun berkongsi suka duka, berkongsi cerita, berkongsi assignment(erk). 4 tahun yang bagi aku penuh warna warni, mengajar aku erti hidup sebenar, ragam manusia. 4 tahun yang pasti akan diingati sampai bila-bila. 

UPM Accounting 2009-2013

Lots of L.O.V.E

Peace from me !!



p/s: Cukup lah 3 gambar buat tatapan :)


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Tuesday, March 12, 2013

23:7

Assalamualaikum...
Ok, tajuk entry kali ini nampak begitu kalkulator sekali. YA. Ini tiada kene mengena dengan kumpulan M-pop Malaysia itu. Tidak sama sekali.

Akhirnya, setelah 7 hari berlalunya HARI ITU, aku ingin mengucapkan kepada diri aku "Selamat hari Lahir ke 23. Semoga aku sentiasa berada di bawah lindunganNya, Amin". Setelah disimpan selama 6 hari, tarikh itu akhirnya tersembur keluar jugak dari mulut aku semalam. kah3. Tahun lepas, aku diraikan oleh officemate dengan Pizza dan sebijik cake. Tahun ni, aku raikan diri sendiri dengan nasik lauk sambal kerang+paru+sayur kacang panjang. Hadiah untuk diri sendiri. 

Semalam bocor, arini dah dapat hadiah, Thanks my friends
p/s: Terima kasih daun ubi kepada mereka-mereka yang wish... ;)

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, February 25, 2013

Kucing oh kucing..

Assalamualaikum..
Apa khabar iman-iman anda semua. Harapnya cantik, secantik fizikal anda. semenjak dua menjak ni, idea untuk aku lakarkan entry baru tandus, kurang.

Ok, aku sebenarnya manusia yang begitu sayangkan kucing, means kucing aku. Ok, kucing kat kolej pon aku sayang, selalu je aku konon-konon bual-bual dengan diaorang. Kalau kucing aku kat rumah, memang jadi teman bercakap aku lah.

Kucing betina di rumah aku bunting, lagilah aku menjaga kebajikan dia. Ok, kucing aku nama dia "Kucing". Kebanyakan masa, aku akan bagi dia makan dulu sebelum aku makan, YA! Dia selalu merengek-rengek nak mintak aku makan. Dengan aku berani lah, kalau mak aku, berlari dia. Kalau dia tak muncul-muncul masa makan, aku laung nama dia sampai dia datang. OK, kucing aku bukan kucing indoor, outdoor style punye.

Sebulan aku duk rumah tunggu dia beranak, siap aku bersusah payah sediakan "wad bersalin" dia. Takmo jugak dia beranak. Tup..Tup.. adik kecik aku hantar mesej "the kitten has been born". Wah, tahap excited aku waktu itu terus ke tahap boiling punya. Mak aku cakap, dia selamat melahirkan 2 kucing jantan dan 1 kucing betina. Wah, aku teruja betul. Aku pesan kat mak aku, jangan bagi sapa-sapa sebelum aku balik.

Well, ada orang awal-dah tempah, ciss. Masa aku balik kolej, mak aku kata, dia 2 hari tak balik.. SOB3, mesti sebab tak dapat detect bau aku, kan, kan. mak aku kata, cantik je dia landing kat wad bersalin yang aku dah sediakan awal-awal tu. Macam tau-tau je.

Tarikh lahir anak kau sama dengan kakak kita, hahaha
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Tuesday, February 19, 2013

Langit dan bumi..

Assalamualaikum..
Moga semua sihat rohani, tak lupa juga jasmaninya. Ni lah kerja aku, yang punya waktu terluang, menaip entry baru.

Aku yakin, pasti serta amat pasti, kau semua pernah dengar "kau dengan dia macam langit dengan bumi". Dialog sebegini bersepah-sepah bila kau tengok drama melayu, samarinda ke, akasia ke, azalea ke, apa-apa ke. Aku secara logiknya, kurang bersetuju dengan dialog ni, ok, kira perumpamaan ni. Dialog ni kata, kau dengan dia berbeza, YA, jauh berbeza sekali, dan secara langsung, dia nak kata, kau dengan dia, langsung tak sesuai.

Dari perspektif aku, (hamboii), langit and bumi, compliment each other. Dari langit turun hujan, pokok nun kat bumi perlukan hujan, even aku sebagai manusia. Kalau apa yang berada di langit itu tidaklah compliment dengan bumi, tidak akan wujud green house effect. SEE? Aku rasa, perumpamaan itu tidak sama sekali relevan. YA!

Mungkin boleh gunakan perumpamaan "Bagai iphone dengan 3310", aku fikir ia lebih menunjukkan perbezaan darjat, rupa paras, kekayaan, bla..bla..bla.. yang membawa maksud sama dengan perumpamaan di atas.
"kau dengan dia tak sesuai langsung, bagai iphone dengan 3310" erk??

p/s: ada lagi ke orang pandang darjat-darjat bagai ek..
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Sunday, February 17, 2013

Ada dan tiada !

Assalamualaikum..
Moga anda juga sihat. Aku seriusnya sedang risau akan due date kucing kesayangan hati aku kat rumah. Ok, motifnya, aku sekarang dah selamat bertapak kat kolej, YA.

Tajuk entry aku ni, takda lah berkaitan dengan magik, atau cerita tahyul yang sengaja di canang-canang serta ditambah pula dengan mitos-mitos. YA, zahirnya manusia, iaitu aku kebanyakan masa, merasakan apa yang orang lain miliki itu, lebih baik dari apa yang aku ada. YA, perasaan itu secara langsungnya, akan menimbulkan satu perasaan halus yang aku namakan kekecewaan.
                 Situasi :
                Kau: Sedapnya eskrim cornetto ni!!!
                Aku: Hmm.. sedapnya.. (memandang sayu ) 

Kecenderungan aku untuk menikmati apa yang orang lain ada, berbanding menghargai apa yang aku ada, itu punca kecewa. Pesan pada diri aku, kau jangan bandingkan apa yang ada pada kau dengan orang lain. Apa yang dikurniakan pada setiap manusia itu pasti berbeza. Belajar melihat apa yang ada pada diri kau, belajar bersyukur. Dengan selalu bersyukur, kau akan lebih menghargai apa yang kau ada, yang kau terima dan yang kau rasai.

Belajar menerima, jangan hanya meminta.

seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Sunday, January 06, 2013

Gembira dan sedih, itu pilihan!

Assalamualaikum..
Apa khbar iman kau semua, wahai bakal pemakai kain kafan? Weh, aku pulak rasa merinding. Untuk kesekalian kalinya, aku berjaya jugak merompak masa study yang sangat-sangat extreme terhadnya, yang boleh aku katakan. hahaha. Tajuk entry ini aku dah hold tiga hari, YA, kalau aku simpan tapai, air dia dah boleh buat aku guling-guling mabuk. HEH!

Pertama dan kesekalian kalinya, aku harap, kau tak pernah lah menyalahkan orang lain atas keadaan diri kau yang bermuram durja. Sebab, kau boleh memilih, sama ada kau nak terus-terusan meratapi serta memikirkan kesedihan atau memikirkan nasib kau tu,  yang aku rasa, kesedihan yang kau alami itu bukanlah sesuatu yang begitu extreme dan patut kau ratapi tujuh hari tujuh malam. YA. Kau boleh memilih untuk lupakan kesedihan yang begitu konon-kononnya menyentap serta merentap keseluruhan hidup kau. eh? teruskan hidup kau, pandang kehadapan dan kau jangan sesekali menoleh kebelakang. Itu cara yang paling mudah kau boleh lakukan untuk lupakan kesedihan kau.
Jika sedih dan gembira itu pilihan, mengapa ada yang masih memilih untuk bersedih?
YA..YA.. kau boleh katakan aku bukan di tempat kau. YA! itu realiti yang aku harus akui. Tapi secara logik serta psikologinya, manusia normal lebih cenderung untuk memilih sesuatu yang begitu menggembirakan hati, dan akan mengendahkan apa yang membuat mereka susah hati dan bersedih. NAH! Pilihan ada ditangan kau, jangan sesekali kau cakap aku tak ada di tempat kau jadi aku boleh bergembira ole ole sedangkan kau "PERLU" meratap dan melayan kesedihan kau yang tak kemana. Kau yang pilih untuk meratap kesedihan kau. Bukan aku yang paksa atau aku boleh katakan, tak ada orang yang suruh kau pilih kesedihan. 

Lebih ironinya, ada sesetengah yang tahu, pada akhirnya apa yang mereka lakukan itu, akan mebuatkan mereka sedih. Dan apa yang aku boleh katakan, kau dah menghadkan pilihan kau, dan jika itu yang kau lakukan, pilihan kau hanyalah untuk berada dalam zon sedih. Kau yang merencana dunia sedih kau. 
Pilih satu antara tiga.. wee!
p/s: sila jangan bayangkan kes kematian dalam entry aku ini. 


seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Wednesday, January 02, 2013

Turn upside down !

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar bakal-bakal penghuni syurga, juga tak dilupakan bakal penghuni neraka.. apa khabar iman semua.. baik?? ok ! aku, tajuk aku begitu sebenarnya maksundye 'Terbalik' je, aku mahu metaforakan ayat aku sikit, agar kelihatan lebih panjang dan juga.. nampak entah apa-apa rasanya.

Dunia hari ini.. AH! rasanya semuanya sudah kelihatan terbalik, padi yang berisi kini kelihatan lebih mendongak berbanding dahulu, aku rasa ia lebih berat lebih tertunduk..YA! perbuatan yang dahulunya menjadi kebencian orang, eh, sudah menjadi kebisaan sehingga apabila ia berlaku, manusia sekeliling sekadar, "oh, biasalah tu". YA!
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." [Surah an-Nisa, ayat 34]
Aku, kau dan semua orang, aku pasti, tahu yang Lelaki itu, dicipta gagah, kuat, dan fitrahnya itu menjadikan kaum Lelaki sebagai pelindung kaum Wanita, yang Allah jadikan sifatnya lemah. Aku yakin dengan apa yang Allah dah aturkan. Tapi ini, bukan aku menidakkan, tetapi mungkin satu ujian yang Allah turunkan buat Kaum lelaki.. YA! aku positif ini ujian bagi mereka. Lelaki kini sebahagiannya, bukanlah lagi kaum yang aku rasa perempuan harus bergantung harap serta meminta pertolongan lagi. NO LONGER!

Tak cukup untuk aku kira dengan jari kes-kes yang aku ibaratkan 'harapkan pegar, pegar makan padi'. kalau lelaki dahulu, pandai silat itu satu kelebihan, tapi cuba kau tengok sekarang,perempuan perlu ada seni mempertahankan diri. LIKE SERIOUSLY! nampak tak yang kau perempuan sekarang harus pertahankan diri sendiri, kau tak boleh harapakan lelaki.. YA! jelas kan, bagaimana komuniti sekarang tidak yakin dengan perlindungan yang bakal lelaki berikan.

Apa aku perlu kata, kau perempuan harus lebih tegas.. YA! jangan kau sendiri yang menyerah diri dengan celaka yang bakal kau dapat. aku jujurnya sangat takut dengan lelaki yang aku tak kenal, YA! dalam bas kalau ada dua tempat duduk kosong, satu budak lelaki cina, satu lelaki melayu, dan nampak baik.. aku yakin, aku akan duduk sebelah lelaki cina, YA! kebanyakan masa aku, aku memang akan memilih duduk di sebelah lelaki cina. kenapa?? You know better!



seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya