Saturday, November 15, 2014

Ruang

Assalamualaikum

Ini bukan perihal ruang kediaman, ini cerita bagaimana kita bisa mencipta ruang, Ya! ruang lingkup diri kita sendiri. Ruang ini juga bisa didefinisi tahap kepersonalan, tahap kerahsiaan, ruang peribadi.

Setiap orang aku pasti punya ruang lingkup masing-masing. Namun, bezanya bagaimana ruang lingkup itu kau jaga, benar- benar peribadi namanya, atau sekadar satu ruang yang kau saja-saja namakannya peribadi. Bagi aku, bagaiman aku bisa menghormti ruang peribadi seseorang, aku juga menginginkan yang sama, ruang lingkup aku tidak diceroboh. Tak suka! Sesiapa sahaja kurang senang, apabila satu ruang ciptaan sendiri, dimana kau sendiri perlu berkongsi hanya dengan diri kau sendiri, ada yang cuba merosak.

Cumanya, seiring anjakan teknologi yang aku kira, tak mampu dikejar, ruang itu kelihatan semakin hari semakin mengecil. Manusia semakin rakus, Ya, rakus memusnahkan ruang legar peribadi mereka sendiri. Yang tersimpan dihati kini, satu dunia bisa mengetahui. Ruang teknologi itu tidak bisa kau panggil lagi peribadi, ruang umum itu jangan kau panggil hak milik kau. Kerana yang namanya umum itu, ruang lingkupnya infiniti.

Yang seharusnya terlalu peribadi itu, usah terlalu dicanang, yang tidak patut diberitahu usahlah dikongsi. Kelak yang namanya peribadi itu, akan terhapus. Tiada ruang untuk diri sendiri. Kasihan bukan. Tiada ruang privasi. Jangan ditunding jari kearah manusia lain apabila kehidupan kau jadi bualan, kerana kau yang membuka ruang itu, ruang untuk orang bicara mengenai hidup kau. Manusia ini sifatnya sangat descriptive. Rimas! Ya. Manusia itu kita tidak punya hak untuk menghalang mereka dari bercerita, jadi sisi kita yang harus kita jaga, kita simpan apa yang namanya personal.

Kerana setiap individu itu perlu satu ruang privasi, satu ruang dimana mereka perlu yang namanya muhasabah diri sendiri.
Bina ruang kukuh agar terjaga hak- hak personal kau, kerana kau sendiri yang liable on ur ownself. eh!

www.tips-fb.com

Thursday, November 13, 2014

subjektif

assalamualaikum,

Kalau ditanya suka soalan subjektif atau objektif, aku pasti jawab objektif!!! laju-laju. Mengurangkan kadar jam untuk membaca dan mentelaah buku yang tebal berinci-inci, jawapan dah ada, tinggal aja kadar peratusan peng'aggak'kan kita, nasib juga. ok, mukkadimah yang jauh terpesong!

CANTIK. orang putih kata 'beauty is in the eye of beholder' gitu! bahasa mudahnya, cantik itu sifatnya subjektif, berubah-ubah juga berlainan atas setiap individu. mari aku kongsikan cantik pada aku. bagaimana aku definisikan cantik itu sendiri.

Ada orang kata, cantik itu pada penampilan, cantik itu pada dalaman, dan secara realitinya, orang menganggap cantik itu letaknya pada kecantikan wajah. bukan begitu?

Ayuh aku ceritakan, cantik itu sendiri pada aku. Aku definisikan cantik itu bukan pada penampilan yang terlihat saja. juga pada penampilan tersembunyi eh! Ya. penampilan tersembunyi itu aku kategorikan sebagai bagaimana kemas kau menyusun baju kau, bagaiman kau menyusun buku-buku kau.. bagaimana kertas- kertas di bilik kau disusun. nah! memang terang kan cantik itu subjektif. definisi cantik aku memang pelik. eh! Aku manusia yang suka memerhati. ya, memerhati bagaiman barang-barang kau tersusun di dalam handbag kau.. hahaha..

Aku suka memerhati bagaimana tersusunnya bilik beradu seseorang. hahaha. Aku bukanlah pembersih mana. tapi aku suka sesuatu itu nampak kemas. pernah aku rasa aku menghidap sakit mental. haha. susun baju ikut tone warna, ikut kepanjangan. hah! menyusahkan. Pada aku, gaya tak penting, yang penting kemas. Wangi itu tak penting, yang penting kau tak berbau busuk. hah! Aku manusia rumit! bahasa pasanya mengada!

Dan bila orang kata, kau cantik di dalam, dan automatik akan terpancar cantik itu diluar.. I can't disagree more. eh!

www.tips-fb.com

Thursday, November 06, 2014

kuat itu kekuatan

assalamualaikum..

semua orang ada kekuatan masing-masing.. contohnya bezita dan goku.. punya kekuatan masing-masing. pada aku, kekuatan badang itu, tidak setanding atas kekuatan yang kau cipta dari dalam, ya. jauh dari dalam lubuk jiwa kau. eh! kekuatan juga boleh kau didik dari setiap inci neuron-neuron berselirat dari dalam otak kau. itu aku panggil kekuatan mental.

Dia ada musim aku panggil musim masalah. bahasa indah untuk sudah jatuh ditimpa tangga. bercerita masalah kepada orang lain, itu biasa.. tapi bila kau asyik bercerita, mana kekuatan kau, apa yang jelas, kelemahan yang kau pertonton. simpan sedikit kekuatan. jangan hanya simpan, guna, buat perisai, bila kau ada masalah, kekuatan itu bisa kau jadikan satu medium untuk kau bangkit, jadi setenang yang mungkin untuk masalah itu kau hadapi.

Untuk aku yang tidak suka bercerita ini, kekuatan tahap goku harus aku simpan, harus aku topup bilamana aku rasa ia semakin kurang. bukan aku tidak punya sesiapa, tapi jujurnya, bila aku bercerita, penyelesaiannya pasti berbalik pada aku, 'conflict of interest', aku pasti lebih memilih cara aku, nah, buat apa lagi gunanya bercerita. hahaha. masing-masing punya rasa sendiri, punya cara sendiri, punya kekuatan sendiri.

kerana menjadi kuat itu bukan takdir, tapi pilihan, kau bisa pilih untuk jadi yang kuat, atau jadi yang tidak sekuat mana.. choice is in your hand. eh!
www.tips-fb.com

Thursday, October 09, 2014

beda!

assalamualaikum,

Setiap manusia pun lahir lain.. semua berbeza.. kembar seiras pun berbeza.. tang mana?? tang ibu jari.. dan yang pasti.. bahagian hati itu tentunya lain.

'Rambut nampak sama hitam, hati lain-lain'

intepretasi setiap orang berlainan, kerana cara dan gaya berfikir kita beda. ada yang lebih positif dan ada juga yang asyik berfikir negatif. salah?? tidak! perbedaan pendapat itu, kalau digunakan dengan penuh berhemah serta menitikberatkan segenap aspek, ia boleh jadi satu kelebihan!

Mengharap orang lain punya fikiran sama seperti kita adalah mustahil! impossible! kalau kita fikir menyimpan duit itu penting.. ada yang fikir ia tidak penting. mengapa mahu menyimpan begitu banyak duit, kan tak bawa mati! tidak! aku menyimpan kerana aku punya impian besar! nah,beda kan. Jadi, mari kita ikhlaskan hati, belajar menerima pandangan orang, belajar untuk tidak bercakap mengenai apa yang orang lain fikir. Apa yang kita fikir tidak tentu betul dan apa yang orang fikir tak semestinya salah. kerana kebanyakan masa, apa yang kita fikir adalah untuk kepentingan diri kita. tak betul?? bohong!
www.tips-fb.com

Wednesday, October 08, 2014

membazir

assalamualaikum...

ayah: angah kenapa makin kecik??
angah: eh, mana ada.. along lagi kecik
mak: yela.. duit makan buat beli buku
angah: eh!!

Adakah boleh aku kategorikan beli buku itu membazir?? hmm.. pada aku.. haruslah tidak! pada mak aku.. membazir!! (adeh!) mengapa? mak kata aku beli buku bukan-bukan.. mak.. kite beli buku Andre Hirata!! mak kata belilah buku-buku agama.. ada beli lah!! tapi serius memakan masa berbulan-bulan untuk habis... kelemahan aku!

kerja semakin hari semakin banyak.. tekanan hidup semakin meningkat.. lebih-lebih lagi sejak duk sebelah bos. eh! tak.. sebab kerja makin banyak la!! lantas..(amboi) aku pun order banyak-banyak buku dan end up.. tak baca sigh! kerana masuk MPH adalah kewajipan.. paling kurang sebulan 2 kali.. kerana itu terapi stress!
kalau pergi shopping.. tak cukup bawak rm30.. bawak pegi MPH.. nah, dapat buku 1!!

Dan membeli buku tanpa jaminan akan membaca sehingga habis adalah habit yang paling teruk aku sekarang! dan itu namanya membazir.. akulah manusia pembazir!! untuk menampung pembaziran, aku sekarang sudah pandai masak. eh! yelah. duit beli buku aku curi sikit dari bajet makan bulanan.. itu aku puji diri aku! hahaha.

kesimpulannya.. aku perlu mencari hobi baru bagi melegakan tekanan hidup yang semaikn meningkat. contohnya jalan-jalan zoo negara.. berbasikal di bukit cerakah.. dan pergi bercuti.. ini dalam perancangan.. ok.. tapi nak ajak sapa.. dan. sapa nak ikut???
www.tips-fb.com

Sunday, June 29, 2014

Bicara pelayar

Salam,
Seorang pelayar itu harusnya berani, belayar kemana jua sudut-sudut romantik hidup, sudut-sudut bahagianya hidup dan harus tegar melayari sudut-sudut kedukaan yang pastinya penuh liku. Kerana menjadi pelayar itu bukan mudah. Pasti ada  yang kau harus korbankan, yang pastinya untuk kau dapatkan sesuatu yang kau mahu, yang kau mimpi. Kerana sekali kau sudah bermimpi, lokasi mimpimu harus dilangit. Biar tinggi. Sekali kau sudah mulakan pelayaranmu, teruskan mengayuh perahumu, agar kau bisa temui banyak pesisir-pesisir pantai, yang tidaklah menjanjikan susuatu yang kau inginkan, tetapi mungkin sesuatu yang kau perlu dalam pada kau harus terus belayar. Jangan bilang kau sudah sehabis kuat dan tabah dalam melayari hidup ini, bilang kau sudah berusaha menjadi yang sehabis kuat dan tabah, agar kekuatan yang kau bina itu semakin bercambah dari sehari ke sehari.
Kadangkala, kejayaan itu bukan hadir dalam bentuk wang, tetapi, ia hadir dalam bentuk rasa, rasa puasnya kau dapat menggapai apa yang kau mahu.Sederhananya kita bukan suatu penghalang untuk kita menanam mimpi, lalu berusaha merealisasikannya. Meraih mimpi itu baik, akan tetapi melangkau mimpi itu jauh lebih baik. Letakkan mimpi itu di awangan, agar is bisa terbang lebih tinggi, bisa buat kita lebih bahagia dalam erti rasa. kebahagiaan yang kita kecapi itu, seharusnya sentiasa disyukuri. Ya, kembali kepada Yang Mencipta semua rasa dan perasaan itu, Yang padaNya hati kita dipegang.masalah itu hadirnya pasti, bagian kita untu belajar dan ambil pengajaran. Kuatkan diri, katakan pada masalah itu bahwa kau punya  Tuhan yang Esa, yang bisa kau titip doa memohon kekuatan untuk terus melayari sbuah buku kehidupan ini.  

Terinspirasi: Anies Baswedan.
seronok sampai tak ingat.. www.tips-fb.com

Monday, June 09, 2014

Terbang.

Salam....
How time flies... Mengimbau bagaimana aku membesar ssbagai budak perempuan yang super nakal, juga super malas... Bagaimana cintanya aku pada bola jaring, bagaimana aku melalui pahit manis alam sekolah, juga bagaimana aku bertukar menjadi seorang yang tegas dan garang...bagaima aku dulu selalu kesal dengan keputusan yang aku buat... Dan pertama kali mempunyai kawan baik berbangsa cina ketika di PLKN... Melalui zaman matrikulasi yang begitu gembira... Akrabnya kami... Bgaimana aku boleh menjadi heroin dalam drama english kami... Ohhh.. Begitu cept masa berlalu...

Melangkah ke zaman universiti, berbagai ragam, serta berbagai lapisan masyarakat,aku jadi lebih memahami, jadi yang mudah bertolak ansur.. Teringat bagaimana kami beramai2 makan maggi satu tappaware semasa midnight cerita hantu.. Tak lupa juga midnight di Alamanda... Juga bagaimana aku belajar karaoke.. Hahaha.. Dan bagaimana rasanya buat assignment di akhir-akhir minit...semua buat aku rindu....

Melangkah ke alam kerja, paling mencabar minda, fizikal dan kekuatan hati aku, berhijrah seorang diri tanpa emak dan ayah menemani pemergian, bagaima aku menarik sebesar-besar beg seorang diri... Bagaimana aku menghadapi rumah yang terbakar ketika hari aku berpindah.. Oh... Aku rasa diri aku LEJEN beb....

Dan sekarang, bila mengimbau balik... Ohh... Rasa kelakar tapi itu yang buat kenangan tu jadi indah.. Indah sangat...

P/s: yey!! Group wassap matriks and upm jadi penghubung !! Yamcha!!
www.tips-fb.com

Thursday, May 15, 2014

Emak

Emak, ibu, ummi, amma, mummy. Dll.. Selamat hari emak kepada emak...

Yang Selalu masak2 sedap2 dan bawakkan bekal sampai sekarang,
Yang selalu buat suara kecik2 kat aku,
Yang tak sampai hati nak bagitahu dia masak makan kegemaran aku masa aku takda kat rumah,
Yang selalu memberi laporan keadaan kucing kat aku,
Yang sentiasa postitif dalam apa jua keadaan,
Yang selalu suruh aku diam dari bercakap perihal orang lain,
Yang selalu masakkan air panas pagi2 selama beberapa tahun waktu aku sakit,
Yang jadi penyokong setia aku,
Menjadi tulang belakang aku,
Menjadi wanita kegemaran aku,
Dan segala-galanya..
Terima kasih emak !!!!!
www.tips-fb.com

Sunday, April 27, 2014

Reasonsssss

Mana budak- budak sekolah dapat duit beli hand phone mahal2???

Mak ayah??
Abang kakak sponser??
Pau duit orang??
Kumpul duit seringgit sehari??
Bekerja sambilan selepas sekolah??
Mencuri??
Dapat free??

P/s: kalau tak kerana adik aku bagi ho, aku takda smatpong ni
www.tips-fb.com

Friday, April 11, 2014

Reward

Mengapa menunggu orang lain menghargai kau bila kau dapat sesuatu kejayaan, atau juga bila mana kau berjaya mengharungi perkara yang mungin menyesakkan hari-hari kau.
Mengapa tidak kau sendiri.. Reward yourself with something.. Ya.. Something that makes your day.. Ya....
Mengharungi minggu yang moody.. Tapi bila kau akhiri minggu kau tu dengan apa-apa yang boleh menaikkan hormon gembira kau.. Mengapa tidak mengambil langkah itu..

Siapa lagi yang paling layak menghargai diri kau sendiri..

Psstt.. Sedang dlm perancangan untuk menukar jam tangan setelah 6 tahun.. See..
www.tips-fb.com

Tuesday, February 11, 2014

Apa??!!

Salam

Bila kau sanggup korbankan duit makan kau untuk membeli sesuatu..
Bila kau rasa menggigil bila nampak benda tu dan terus beli,
Bila kau tetap membeli seklipun yang sedia ada belum tersentuh pun..
Bila kau tak boleh tidur tanpa adanya disisi..
Bila kau tak perasan yang sebenarnya ko obses terhadap sesuatu..
Dan kau boleh menghabiskan masa berjam2 untuk sesuatu..

Nah.. Itu namanya hobi..




www.tips-fb.com

Monday, February 03, 2014

At least...

Salam...

Eheh.. Gaji orang tu tinggi,
Bestnye dapat keje company best,
Untunglah cantik,
Bestnye dia dh kahwin,
Untunglah jadi orang pandai,
Bestnye jadi orang kaya,
Untunglah ramai kawan,
Untunglah pakai hp mahal,

At least,
Aku ada gaji,
Aku ada kerja,
Aku sempurna tubuh badan,
Aku masih ada family,
Aku ada peluang belajar,
Aku mampu membeli keperluan,
Aku mempunyai seorang kawan baik,
Aku ada hp utk call n mesej...

sentiasa ingatkan diri, jika kita kurang, ada lagi yang lebih kekurangan...

P/s: inspired from company's orientation day.



www.tips-fb.com

Thursday, January 30, 2014

Secubit garam

Salam

Bagaimana perasaan kau makan sup tulang tanpa garam, makan ikan bakar tanpa air asam, juga makan nasi lemak tanpa timun. Sama juga rasanya kalau kehidupan ni kita lalui tanpa ada sedikit masamnya instead of merasai manis sepanjang masa.

Ada orang mengeluh bila diuji, ada juga orang siap tanye apa dosa dia sampai diuji sebegitu ( lol).. Ada orang diberi kesempatan merasai manisnya hidup sepanjang masa untuk dia belajar manghargai manisnya hidup dan mengambil sedikit pengajaran atas manis itu sendiri.

Tidak kurang juga diberi ujian yang sebenarnya disebalik ujian itu, akan diberinya kesenangan di akhirnya. Kalau kau bersabar dah sentiasa bersyukur, yakin dan pasti akan ada ganjarannya...

So... Itu kita namakannya rencah kehidupan...
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya