Thursday, October 09, 2014

beda!

assalamualaikum,

Setiap manusia pun lahir lain.. semua berbeza.. kembar seiras pun berbeza.. tang mana?? tang ibu jari.. dan yang pasti.. bahagian hati itu tentunya lain.

'Rambut nampak sama hitam, hati lain-lain'

intepretasi setiap orang berlainan, kerana cara dan gaya berfikir kita beda. ada yang lebih positif dan ada juga yang asyik berfikir negatif. salah?? tidak! perbedaan pendapat itu, kalau digunakan dengan penuh berhemah serta menitikberatkan segenap aspek, ia boleh jadi satu kelebihan!

Mengharap orang lain punya fikiran sama seperti kita adalah mustahil! impossible! kalau kita fikir menyimpan duit itu penting.. ada yang fikir ia tidak penting. mengapa mahu menyimpan begitu banyak duit, kan tak bawa mati! tidak! aku menyimpan kerana aku punya impian besar! nah,beda kan. Jadi, mari kita ikhlaskan hati, belajar menerima pandangan orang, belajar untuk tidak bercakap mengenai apa yang orang lain fikir. Apa yang kita fikir tidak tentu betul dan apa yang orang fikir tak semestinya salah. kerana kebanyakan masa, apa yang kita fikir adalah untuk kepentingan diri kita. tak betul?? bohong!
www.tips-fb.com

Wednesday, October 08, 2014

membazir

assalamualaikum...

ayah: angah kenapa makin kecik??
angah: eh, mana ada.. along lagi kecik
mak: yela.. duit makan buat beli buku
angah: eh!!

Adakah boleh aku kategorikan beli buku itu membazir?? hmm.. pada aku.. haruslah tidak! pada mak aku.. membazir!! (adeh!) mengapa? mak kata aku beli buku bukan-bukan.. mak.. kite beli buku Andre Hirata!! mak kata belilah buku-buku agama.. ada beli lah!! tapi serius memakan masa berbulan-bulan untuk habis... kelemahan aku!

kerja semakin hari semakin banyak.. tekanan hidup semakin meningkat.. lebih-lebih lagi sejak duk sebelah bos. eh! tak.. sebab kerja makin banyak la!! lantas..(amboi) aku pun order banyak-banyak buku dan end up.. tak baca sigh! kerana masuk MPH adalah kewajipan.. paling kurang sebulan 2 kali.. kerana itu terapi stress!
kalau pergi shopping.. tak cukup bawak rm30.. bawak pegi MPH.. nah, dapat buku 1!!

Dan membeli buku tanpa jaminan akan membaca sehingga habis adalah habit yang paling teruk aku sekarang! dan itu namanya membazir.. akulah manusia pembazir!! untuk menampung pembaziran, aku sekarang sudah pandai masak. eh! yelah. duit beli buku aku curi sikit dari bajet makan bulanan.. itu aku puji diri aku! hahaha.

kesimpulannya.. aku perlu mencari hobi baru bagi melegakan tekanan hidup yang semaikn meningkat. contohnya jalan-jalan zoo negara.. berbasikal di bukit cerakah.. dan pergi bercuti.. ini dalam perancangan.. ok.. tapi nak ajak sapa.. dan. sapa nak ikut???
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya