Saturday, November 15, 2014

Ruang

Assalamualaikum

Ini bukan perihal ruang kediaman, ini cerita bagaimana kita bisa mencipta ruang, Ya! ruang lingkup diri kita sendiri. Ruang ini juga bisa didefinisi tahap kepersonalan, tahap kerahsiaan, ruang peribadi.

Setiap orang aku pasti punya ruang lingkup masing-masing. Namun, bezanya bagaimana ruang lingkup itu kau jaga, benar- benar peribadi namanya, atau sekadar satu ruang yang kau saja-saja namakannya peribadi. Bagi aku, bagaiman aku bisa menghormti ruang peribadi seseorang, aku juga menginginkan yang sama, ruang lingkup aku tidak diceroboh. Tak suka! Sesiapa sahaja kurang senang, apabila satu ruang ciptaan sendiri, dimana kau sendiri perlu berkongsi hanya dengan diri kau sendiri, ada yang cuba merosak.

Cumanya, seiring anjakan teknologi yang aku kira, tak mampu dikejar, ruang itu kelihatan semakin hari semakin mengecil. Manusia semakin rakus, Ya, rakus memusnahkan ruang legar peribadi mereka sendiri. Yang tersimpan dihati kini, satu dunia bisa mengetahui. Ruang teknologi itu tidak bisa kau panggil lagi peribadi, ruang umum itu jangan kau panggil hak milik kau. Kerana yang namanya umum itu, ruang lingkupnya infiniti.

Yang seharusnya terlalu peribadi itu, usah terlalu dicanang, yang tidak patut diberitahu usahlah dikongsi. Kelak yang namanya peribadi itu, akan terhapus. Tiada ruang untuk diri sendiri. Kasihan bukan. Tiada ruang privasi. Jangan ditunding jari kearah manusia lain apabila kehidupan kau jadi bualan, kerana kau yang membuka ruang itu, ruang untuk orang bicara mengenai hidup kau. Manusia ini sifatnya sangat descriptive. Rimas! Ya. Manusia itu kita tidak punya hak untuk menghalang mereka dari bercerita, jadi sisi kita yang harus kita jaga, kita simpan apa yang namanya personal.

Kerana setiap individu itu perlu satu ruang privasi, satu ruang dimana mereka perlu yang namanya muhasabah diri sendiri.
Bina ruang kukuh agar terjaga hak- hak personal kau, kerana kau sendiri yang liable on ur ownself. eh!

www.tips-fb.com

Thursday, November 13, 2014

subjektif

assalamualaikum,

Kalau ditanya suka soalan subjektif atau objektif, aku pasti jawab objektif!!! laju-laju. Mengurangkan kadar jam untuk membaca dan mentelaah buku yang tebal berinci-inci, jawapan dah ada, tinggal aja kadar peratusan peng'aggak'kan kita, nasib juga. ok, mukkadimah yang jauh terpesong!

CANTIK. orang putih kata 'beauty is in the eye of beholder' gitu! bahasa mudahnya, cantik itu sifatnya subjektif, berubah-ubah juga berlainan atas setiap individu. mari aku kongsikan cantik pada aku. bagaimana aku definisikan cantik itu sendiri.

Ada orang kata, cantik itu pada penampilan, cantik itu pada dalaman, dan secara realitinya, orang menganggap cantik itu letaknya pada kecantikan wajah. bukan begitu?

Ayuh aku ceritakan, cantik itu sendiri pada aku. Aku definisikan cantik itu bukan pada penampilan yang terlihat saja. juga pada penampilan tersembunyi eh! Ya. penampilan tersembunyi itu aku kategorikan sebagai bagaimana kemas kau menyusun baju kau, bagaiman kau menyusun buku-buku kau.. bagaimana kertas- kertas di bilik kau disusun. nah! memang terang kan cantik itu subjektif. definisi cantik aku memang pelik. eh! Aku manusia yang suka memerhati. ya, memerhati bagaiman barang-barang kau tersusun di dalam handbag kau.. hahaha..

Aku suka memerhati bagaimana tersusunnya bilik beradu seseorang. hahaha. Aku bukanlah pembersih mana. tapi aku suka sesuatu itu nampak kemas. pernah aku rasa aku menghidap sakit mental. haha. susun baju ikut tone warna, ikut kepanjangan. hah! menyusahkan. Pada aku, gaya tak penting, yang penting kemas. Wangi itu tak penting, yang penting kau tak berbau busuk. hah! Aku manusia rumit! bahasa pasanya mengada!

Dan bila orang kata, kau cantik di dalam, dan automatik akan terpancar cantik itu diluar.. I can't disagree more. eh!

www.tips-fb.com

Thursday, November 06, 2014

kuat itu kekuatan

assalamualaikum..

semua orang ada kekuatan masing-masing.. contohnya bezita dan goku.. punya kekuatan masing-masing. pada aku, kekuatan badang itu, tidak setanding atas kekuatan yang kau cipta dari dalam, ya. jauh dari dalam lubuk jiwa kau. eh! kekuatan juga boleh kau didik dari setiap inci neuron-neuron berselirat dari dalam otak kau. itu aku panggil kekuatan mental.

Dia ada musim aku panggil musim masalah. bahasa indah untuk sudah jatuh ditimpa tangga. bercerita masalah kepada orang lain, itu biasa.. tapi bila kau asyik bercerita, mana kekuatan kau, apa yang jelas, kelemahan yang kau pertonton. simpan sedikit kekuatan. jangan hanya simpan, guna, buat perisai, bila kau ada masalah, kekuatan itu bisa kau jadikan satu medium untuk kau bangkit, jadi setenang yang mungkin untuk masalah itu kau hadapi.

Untuk aku yang tidak suka bercerita ini, kekuatan tahap goku harus aku simpan, harus aku topup bilamana aku rasa ia semakin kurang. bukan aku tidak punya sesiapa, tapi jujurnya, bila aku bercerita, penyelesaiannya pasti berbalik pada aku, 'conflict of interest', aku pasti lebih memilih cara aku, nah, buat apa lagi gunanya bercerita. hahaha. masing-masing punya rasa sendiri, punya cara sendiri, punya kekuatan sendiri.

kerana menjadi kuat itu bukan takdir, tapi pilihan, kau bisa pilih untuk jadi yang kuat, atau jadi yang tidak sekuat mana.. choice is in your hand. eh!
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya