Saturday, November 15, 2014

Ruang

style='width: 36px; height: 26px;'/>
Assalamualaikum

Ini bukan perihal ruang kediaman, ini cerita bagaimana kita bisa mencipta ruang, Ya! ruang lingkup diri kita sendiri. Ruang ini juga bisa didefinisi tahap kepersonalan, tahap kerahsiaan, ruang peribadi.

Setiap orang aku pasti punya ruang lingkup masing-masing. Namun, bezanya bagaimana ruang lingkup itu kau jaga, benar- benar peribadi namanya, atau sekadar satu ruang yang kau saja-saja namakannya peribadi. Bagi aku, bagaiman aku bisa menghormti ruang peribadi seseorang, aku juga menginginkan yang sama, ruang lingkup aku tidak diceroboh. Tak suka! Sesiapa sahaja kurang senang, apabila satu ruang ciptaan sendiri, dimana kau sendiri perlu berkongsi hanya dengan diri kau sendiri, ada yang cuba merosak.

Cumanya, seiring anjakan teknologi yang aku kira, tak mampu dikejar, ruang itu kelihatan semakin hari semakin mengecil. Manusia semakin rakus, Ya, rakus memusnahkan ruang legar peribadi mereka sendiri. Yang tersimpan dihati kini, satu dunia bisa mengetahui. Ruang teknologi itu tidak bisa kau panggil lagi peribadi, ruang umum itu jangan kau panggil hak milik kau. Kerana yang namanya umum itu, ruang lingkupnya infiniti.

Yang seharusnya terlalu peribadi itu, usah terlalu dicanang, yang tidak patut diberitahu usahlah dikongsi. Kelak yang namanya peribadi itu, akan terhapus. Tiada ruang untuk diri sendiri. Kasihan bukan. Tiada ruang privasi. Jangan ditunding jari kearah manusia lain apabila kehidupan kau jadi bualan, kerana kau yang membuka ruang itu, ruang untuk orang bicara mengenai hidup kau. Manusia ini sifatnya sangat descriptive. Rimas! Ya. Manusia itu kita tidak punya hak untuk menghalang mereka dari bercerita, jadi sisi kita yang harus kita jaga, kita simpan apa yang namanya personal.

Kerana setiap individu itu perlu satu ruang privasi, satu ruang dimana mereka perlu yang namanya muhasabah diri sendiri.
Bina ruang kukuh agar terjaga hak- hak personal kau, kerana kau sendiri yang liable on ur ownself. eh!

www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya