Thursday, November 13, 2014

subjektif

style='width: 36px; height: 26px;'/>
assalamualaikum,

Kalau ditanya suka soalan subjektif atau objektif, aku pasti jawab objektif!!! laju-laju. Mengurangkan kadar jam untuk membaca dan mentelaah buku yang tebal berinci-inci, jawapan dah ada, tinggal aja kadar peratusan peng'aggak'kan kita, nasib juga. ok, mukkadimah yang jauh terpesong!

CANTIK. orang putih kata 'beauty is in the eye of beholder' gitu! bahasa mudahnya, cantik itu sifatnya subjektif, berubah-ubah juga berlainan atas setiap individu. mari aku kongsikan cantik pada aku. bagaimana aku definisikan cantik itu sendiri.

Ada orang kata, cantik itu pada penampilan, cantik itu pada dalaman, dan secara realitinya, orang menganggap cantik itu letaknya pada kecantikan wajah. bukan begitu?

Ayuh aku ceritakan, cantik itu sendiri pada aku. Aku definisikan cantik itu bukan pada penampilan yang terlihat saja. juga pada penampilan tersembunyi eh! Ya. penampilan tersembunyi itu aku kategorikan sebagai bagaimana kemas kau menyusun baju kau, bagaiman kau menyusun buku-buku kau.. bagaimana kertas- kertas di bilik kau disusun. nah! memang terang kan cantik itu subjektif. definisi cantik aku memang pelik. eh! Aku manusia yang suka memerhati. ya, memerhati bagaiman barang-barang kau tersusun di dalam handbag kau.. hahaha..

Aku suka memerhati bagaimana tersusunnya bilik beradu seseorang. hahaha. Aku bukanlah pembersih mana. tapi aku suka sesuatu itu nampak kemas. pernah aku rasa aku menghidap sakit mental. haha. susun baju ikut tone warna, ikut kepanjangan. hah! menyusahkan. Pada aku, gaya tak penting, yang penting kemas. Wangi itu tak penting, yang penting kau tak berbau busuk. hah! Aku manusia rumit! bahasa pasanya mengada!

Dan bila orang kata, kau cantik di dalam, dan automatik akan terpancar cantik itu diluar.. I can't disagree more. eh!

www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya