Friday, November 13, 2015

Stress and pressure.

Assalamualaikum. Stress dan pressure, mereka berdua ini, ya atau tidak, memang saling melengkapi, datangnya stress, kerana adanya tekanan. Mana-mana individu pun, pasti melalui fasa ini. Ya, aku tidak bisa katakan stress orang lain itu lebih sedikit, waima mungkin lebih besar.

Ini kerana, tahap penerimaan dan kekuatan seseorang itu, dalam menghadapai stress itu berlainan. Tekanan yang mungkin kita anggap kecil, tapi sebenarnya sangat berat pada individu itu, kerana kekuatan yang ada padanya, tidak begitu mencukupi.

Beberapa minggu ni, yep, memang sangat menguji emosi dan kekuatan aku. Dalam alam pekerjaan yang hampir menjangkau 2 tahun. Aku notice, yang aku ini.manusia yang sangat tenang apabila bekerja dengan tekanan. Aku boleh jadi orang yang masih bisa senyum, bekerja dengan tekanan. Waima ada yang memanggil aku power puff girl. ah!

Tapi aku dapat kenalpasti, yang aku tak bisa mengawal stress. Aku tak boleh mengawal emosi dan perbuatan. yes. I notice my weakness. I will just leave the office on the dot without having a discussion on some issue, and taking leave on the spot. Ah. that just me having a stress. And sorry to those. My really precoius tears just broke into a pieces.

Dan doakan aku, seterusnya aku akan bisa mengawal stress yang akan datang pada bila-bila.masa saja. Moga Allah senentiasa tenangkan hati aku, permudahkan segala-galanya. Ameen.
www.tips-fb.com

Wednesday, October 07, 2015

Conversation

jMak: Angah pegi Penang beli jajan apa?
Angah: Jerebu mak... sedut-sedut simpan dalam perut ni..
Mak: Hahaha...
....................................
Mak: Ha, balik jangan lupa bawak jajannya..
Angah: Memang ada je dalam perut ni.. tinggal hembus-hembus je...
Mak : Angah nieee!!!!!!
Angah: Hahahahha.. Ada ni ha jeruknya!

Dalam kereta menuju ke kampung

Angah: Makkkk... tak jadi balik kampung.. sokseksokseksoksek
Mak: Nasib baik
Angah: ha??
Mak: Mak pun tak payah masak rendang
Angah: Makkkkkkk!!!!!

Angah: Angah paling kecik, kena panggil adik
Adik: Ok adik angah

Mak: Mak nak ambik baby la
Adik: Ambikla
Mak: Dah tak boleh panggil adik la
Adik: Tak.. panggil kita adik besar
Angah: Nak jugak jadik adik!

Along: Along belikan angah baju, kalau tak suka along ambik
Angah: Tak cakap apa-apa pun lagi...

Abang: Ngah.. nak pinjam 10k, nak beli kereta
Angah: Oh.. ada.. boleh je..
Abang: Bile2????
Angah: Bila resah.. ingat saat indah.. bila.rindu..🎶🎶

Adik: Xena
Angah: Bepop
Adik: Aditas
Angah: cikgu Noodle



www.tips-fb.com

Tuesday, September 22, 2015

Cakap-dengar

Assalamualaikum, manusia fitrahnya boleh bercakap, bedanya, yang suka bercakap dan yang lebih suka berdiam. Menjaga suara katanya. Kebanyakan kita bila bercakap-cakap, lebih suka ya, LEBIH SUKA mendengar untuk membalas, instead of memahami. Yup!

Mengapa aku berkata sedemikian?? Kerana manusia itu sendiri, tidak boleh melihat adanya mereka yang lebih dari mereka.

A: Aku tengah susah ni, nak bayar loan, kereta, rumah lagi...cukup-cukup je.
B: Aku lagi, rumah la, loan la, kereta la, mak ayah lagi, aku lagi banyak komitmen. Kau okey lagi.

So, sebagai B, apa yang kau nak buktikan sebenarnya, mahu beritahu A bahawa berbanding dia, kau lagi berganda-ganda susahnya. Padahal si A, hanya mahu beritahu masalahnya. Ya, mahu beritahu dia tidaklah sesusah mana. Tapi tidaklah perlu beritahu kau menanggung masalah yang lagi berat. Dengar. Instead of dia yang meluahkan perasaan,jadi kau pula yang bersungguh-sungguh bercerita masalah kau. Terbalik sudah. Berikan comforting words.. 'takpa, we are on the same shoes'.

Fitrahnya, bila kita bercerita masalah kat orang lain, kite nak dia dengar, faham, comfort us. kan. Serabut lagi kepala dengan masalah dia. Yeah, boleh kau nak meluahkan juga masalah kau, tapi please, cari la waktu lagi. Dan dia cerita masalah, dan tu kau pun la.

Aku jugak, selalu je jadi orang yang so called aku-lagi-susah. Jadi, marilah, belajar mendengar-memahami, instead of mendengar -membalas.


www.tips-fb.com

Friday, July 24, 2015

Kaum.

Assalamualaikum. kebelakangan ni, aku rasa, isu perkauman semakin panas.. dah la panas.. ada pulak yang menambah minyak. Tak faham. Kalau mengikut kefahaman aku yang baca surat khabar online dengan tv3, kes tu hanyalah kes terbeli handphone tak ori. Ni yang aku tahu. Well, kes dh selalu terjadi, dan cumanya, pembeli dan penjualnya, berlainan bangsa. Dan itu aku rasa tak patut dijadikan isu. Sesiapa pun boleh jadi pembeli, Chinese, Indian dan Melayu, begitu juga penjual.

Isu ini jadi begitu besar, kerana desakan dan faktor sekeliling, contohnya media sosial. Alhamdulillah, aku tak pernah ada pengalaman buruk dengan mereka yang berlainan bangsa denagn aku, in fact, aku sangat suka berkawan dengan mereka. Pertama kali aku ada kawan berlainan bangsa adalah ketika PLKN, katil sebelah2, kami rapat sebab share cermin yang sama.

Next is masa matrik. Kawan chinese yang paling rapat dengan aku. Kami tidur berdua. So, sometimes kami share bedtime story. Kenapa aku sangat sayang dia, kalau tengah solat subuh, aku akan block jalan keluar, dan dia akan bangun dari kati lepas aku habis solat, dan dia akan marah kawan-kawan dia kalau bising-bising time aku solat. Aku pulak, akan tidur lepas dia bertafakur sebelum tidur, macam tu la kami saling hormat menghormati. Aku belajar berjimat sebab dia.

Dan environment kerja aku yang hampir 90% adalah populasi chinese, tak pernah memberi masalah kepada aku. Microwave, kita ada microwave halal and non halal setiap level. Fridge? kita ada fridge halal and non halal setiap level. Pergaulan, tidak pernah.mendatangkan masalah. Kita.saling menghormati. Tak pernah.timbul apa-apa isu.

Dan aku tak faham, kenapa mereka di luar, tidak boleh mengamalkan perkara yang sama. Menjadi racism itu aku tidak rasa mendatangkan faedah, malahan memecah belah. Isu ketuanan tanah? Aku buta sejarah. Tapi untuk bergaduh atas tanah yang sama-sama kita bangunkan ini, sangat membuang masa.

p/s: in fact, kakak aku yang baru masuk uitm, sangat.janggal sebab tak ada chinese student. environment.yang berbeza. Kejutan budaya.katanya.


www.tips-fb.com

Wednesday, July 22, 2015

Minal Aidil Wal Faizin.

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ye. Alhamdulillah, syawal tahun ini, aku sambut dengan PENUH kesederhanaan. Ada rezeki, dapat lagi menghulur 'green packet' dekat mak ayah, adik-adik dan sedara mara. Feeling raya tahun ni, hanya datang pada malam raya. Dah besar, feeling tu memang akan berkurang tahun demi tahun. Bagaimana raya aku tahun ini:

1. Tidak ada baju raya. Serious. Hari raya pertama pakai baju raya tahun lepas yg tak siap. Baju raya tahun ni? tak siap dan bakal dijadikan baju raya tahun hadapan.

2. Tidak ada juga kasut raya. Pergi beraya pakai kasut crocs tiruan yang selalu buat basahan pegi office. 'Naz, kasut kau ni memang tak nak tukar ke' kawan aku yang pakai heels berkata-kata. hahaha. gelak je

3. Paling sedih, tak dapat buat kuih raya. Sedih ooo.. beli je. Sebab, setiap hari raya, aku in charge biskut-biskut raya kat rumah.Kekangan masa. *sigh.

4. Aku, ayah dan mak demam. Raya minum panadol soluble je. hakhak.

5. Alhamdulillah, baraan sampai sekampung, walaupun pakai baju raya kakak aku 2 tahun lepas. Sebab? sebab aku nak pakai tudung baru yang matchie2. mihmih.

6. Hanya along, abang dan adik ada baju raya baru. Walaubagaimanapun, dapat matchie2 jugak. Tema pagi raya baru decide, hijau turquoise dan pink. Ayah pun pakai baju raya 2 tahun lepas. Tapi tetap handsome!

7. Tahun ni gagal beraya bersama geng asrama dan kelas. Sebab memasing sibuk dengan persiapan kahwin. Disebabkan duit raya banyak lebih, boleh la buat duit salam keruk nanti ye. eh!

8. Alhamdulillah, walaupun balik Johor dan pulang semula ke KL pada tarikh PLUS memberikan diskaun 30%, aku tak jumpa jem pun. hehehe.

9. Tak sempat beraya.pun rumah sedara mara, kesihatan seisi keluarga tidak mengizinkan.

10. Paling win, aku masak hidangan untuk kawan-kawan adik aku yang datang. Kemajuan dalam bidang masakan. One step ahead.

11. Masih dapat duit raya masa pergi baraan. Mak cik tu siap tanya, belajar lagi ke? Lepas tu dapat seringgit. ye, ye, saya faham, mak cik bagi suruh saya kumpul duit nak kawin kan. Faham, saya faham. eh! Seringgit lama-lama jadi sejuta. kan. kan.

12. Takda orang tanya aku bila nak kawin. Yipee!! Tuan-tuan, Puan-puan, Bagaimana saya belum bersedia untuk mati, begitulah juga persediaan saya untuk berkahwin.Jangan ingat nak kawen je, mati pun kene ingat!

p/s: Picture is not availble.
www.tips-fb.com

Friday, June 12, 2015

Sama

Assalamualaikum. Seorang sahabat bertanya, bagaimana mahu menahan diri dari membenci orang yang berbuat jahat kepada kita. Susah, karena aku sendiri zahirnya, kadang-kadang gagal mengawal.

Tak mudah, tidaklah terlalu payah, cumanya kau perlu tanamkan prinsip. Apa bedanya kau, dengan individu itu, jika kedua-duanya sama-sama berbuat jahat, saling mengata, saling berbalas ejekan, saling menyindir. Kau berdua sama sahaja. Totally same.
www.tips-fb.com

Friday, June 05, 2015

Duit

Assalamualaikum. Duit.. Duit.. Duit... Pastinya, ramai yang akan gelisah, jika yang namanya duit ini tidak mencukupi. Ya, tidak terkecuali aku. Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit. Agree and disagree. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat-sangat mementingkan duit simpanan.. waima gaji kau 300, simpanlah walaupun 50 ringgit, walau 10 ringgit pun. That's what my mom always told us, until now.

Aku jadi seorang penyimpan yang sangat tegar, berbanding seorang pebelanja. Tapi, hakikatnya, duit-duit simpanan itu, bukanlah semuanya akan jadi milik kita. Ya. Mak kata, Mungkin jadi duit penjual kereta, penjual beg, penjual minyak wangi, hospital. Nah, Mak mula memberikan nasihat baru. ringankan tangan untuk memberi.

Mak peranannya seperti pakar kewangan. Setiap bulan, harus asingkan duit untuk memberi. Which is aku tak pernah terfikir pun. Duit yang kita beri itulah hakikat sebenarnya, adalah sebenar-benarnya duit kita. Milik hakiki kita. Manusia zaman ini, terlalu, ya, aku maksudkkan terlalu mengejar aset. Ya. Aku juga tidak terkecuali. Pelaburan la, itu lah, ini lah. 😨

Dulu aku menyimpan,tidak punya tujuan khusus. Sekarang, doakan yang baik-baik untuk aku, moga apa yang aku impikan, dapat aku capai, Dan moga Allah senentiasa redha dengan apa yang aku lakukan. Dan aku mohon dengan rendah hati, agar Allah senentiasa memberkati rezeki yang aku dapat, dan senentiasa menghadirkan rasa cukup dalam diri aku. Aminn....



www.tips-fb.com

Friday, April 17, 2015

Tears

Assalamualaikum. what makes me cry. for meanwhile, it's my family, my super serious headache, and my cats, I mean my late cats. we focus on my cats.

There was a time, when I do have my lovely cats. they were like my other family members. I was like crazily loving them. Some more, I do have chit chat with them, asking about their girlfriend and what-so-ever. One of my cats do introduced his girlfie to our family. hahahaha.. BUJANG. The one and only bujang in my heart.

But time by time, they left us. Ciko left us without any notice. My one and only younger sista, BLACK died on 5 May 2014, and latest, our BUJANG left us without any notice on 26 December 2014. I don't really had memory with Ciko. One thing about Ciko is I sent his picture to television program and unexpectedly, the show it!! *terharu*But for Black, everybody knows that me love black more than the others. I rarely had a lunch without Black as we do share fish. hehehe.. I always by her side when she had her first baby, her miscarriage baby, accompanied her for about 5 hours. She died after one day I left home, and my father told.me. And I went to office with non stop tears. I cried for one week, at night. it HURTS. really hurts.

Bujang, our family's favourite. He really can make us laugh, make us angry and never failed to make us smile. My father really love Bujang as he will wake up even in 3am in the morning, whenever Bujang asked for food. *cried* and I cannot imagine how's my father's feeling when Bujang left us. We are having that sorrow time when all of them left us even my mom said we have to take time to have another cats as loosing them was really hurts.

Whenever I had free time, scrolling their picture, and seriously, I cried.. again and again...








www.tips-fb.com

Thursday, April 16, 2015

Le Siblingss

Assalamualaikum. Beberapa hari,minggu ni, ternampak la ada mereka-mereka yang post tentang what.. Siblings day. Dem. Aku, no, our sibling is not so called duck-face-selca type. We don't really like taking picture together, except for some event, hari raya ke, hari konvo ke.. What-so-ever. And every one of us is also not selca-type of person. Lemme practice my broken english writing.

My siblings.. Until this age.. Ehem.. Me.. My sista, brothers.. We do share our tshirt and track suits.. Hahaha.. Kindda of weird. pssttt. cause we did share same size.. Hahahaha. We rarely can have time to spend together. Commitment. Can only gather on some, SOME times on semester break. Ehem. Me is the only one that already works. Sista.. Brother. enjoyss studying, I guess.

I do have boyfie-girlfie type of relationship with my brotha. hahaha. I do hold my brotha's hand, when we spend time doing some window shiopping and most of time,people staring and I was like, this is my brotha ok. me got 2 younger brotha. Until now, we still playing some gusti type of game. Hahahaha. my sista and my brotha likess to have gusti tangan game. ouh.. childish. Me like the fact that people will always ask my brotha.. "adik ke?".. Me got that small size type of sista. My brotha most of time, likes to share his secret and I always like being whistle blower in my family. hahaha.. but dem, he will tell.me his secret and keep telling me to keep it and he knows.. me will never do it. herherher. *ketawa jahat

My sista, that die hard fan of study. hahaha.. we do share our taste, shopping type of person, but I've no idea, how can she can spend money at the same time,she can really enjoyss shopping.. I mean it. Me? I enjoyss spending money on books. psstt.. KLIBF is coming soon. Me like happy to the moon and back. And my mother is always warn me not spending too much on books. hahaha. *,ketawab lagi jahat

How to describe my sibling. me and my sista is not girly type. we don't put make up, we don't wear high heels. my brotha, they didn't wear ray ban, tak style langsung, but the have that high sense of humor. we do love each other and thats the main thing.

p/s: Nadia, Nazirah, Nazrien, Nasaruddin. we do share our initiial latter. Alhamdulillah.


www.tips-fb.com

Wednesday, March 25, 2015

Bahasa

Assalamualaikum..
Bahasa budaya bangsa. Secara jujurnya, aku lebih selesa menulis dalam bahasa yang lebih berat ke Bahasa Indonesia.Bahasanya tampak jujur, sangat manis, sangat sopan, pada hematku. Aku seorang yang mencintai Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia itu, pada aku beda.

Bukan kerna aku mempunyai 'gen' Indonesia. Tak. Aku mula jatuh cinta pada Bahasa Indonesia ini, atau bahasa melayu baku ini, bila pertama kalinya aku menonton Laskar Pelangi, diikuti Sang pemimpi, Negara 5 menara. Aku pernah mencuba untuk menyelami karya Hamka yang begitu hebat, Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, namun, aku sendiri tenggelam. haha. Bahasa yang begitu tinggi, Insya Allah, akan kucoba sekali lagi, dan doakan agar aku tidak tenggelam buat sekian kalinya. heh!

Karya Anies Baswedan, bahasa santai. Sosok ini begitu dikagumi. Bunyi kicauan twitternya sahaja mampu memberi semangat.Yang paling kagum, kicauan twitternya sahaja, mampu dibukukan. Karya Andrea Hirata, yang begitu aku kagumi.

Hari-hari aku yang dipenuhi dengan interaksi dengan mereka-mereka di Indonesia. Ya, bekerja sama Indonesian, padaku begitu menyenangkan. Ya, kadang-kadang, capek juga sih. Eh!

psst: 'Eh, sorry, sorry.. tak nampak'
' Maaf ya, khilaf mata kalinya'
beda kan.. BERBEDA!


www.tips-fb.com

Friday, March 20, 2015

Peluang dan Ancaman

Assalamualaikum, hmm.. tajuk ini kali, agak panjang, bagi aku. Sudah agak lama tidak menulis. Ya. Sedang membaca artikel nukilan anak hebat indonesia, Abdul Jabbar Jawadurrohman. Sosok anak muda ini, pertama kalu aku lihat, ketika satu program wawancara sempena perhimpumam mahasiswa nusantara di Malaysia. Tampak sangat berkaliber, kuat, tampak sangat yakin. Tanpa mengenali sosok ini, sebenarnya anak hebat. Ok, post kali ini bukan mahu memperkenal Abdul Jabbar.

Dengan profil yang begitu hebat kali, menarik aku untuk membaca nukilan beliau, Aku, Indonesia dan Masa Depan. Hanya artikel pendek. Satu ayat, begitu menarik perhatian aku. setiap peluang itu, datang dengan ancaman. Tak percaya, mari aku beri satu contoh mudah. Peluang naik pangkat, pasti dengannya hadir satu ancaman, iaitu ketidakmampuan kita untuk menjalankan amanah itu. Kemajmukan kaum di Malaysia, amnya sangat dikagumi rakyat luar, namun, bentuk ancaman yang bakal hadir, dimana kepelbagaian ini boleh mengundang ketidak tentuan pandangan, bila sesama kita, tidak ada yang dinamakan sikap bertolak ansur dan saling memahami.

Teliti, setiap apa peluang yang hadir, pasti ada ancaman menanti. Jangan sama sekali, kau jadikan ancaman itu, sebagai sesuatu yang bisa membataskan kebolehan kau, jadikan ia satu pemangkin, agar engkau bisa menjadi yang terbaik, jadi titik tolak untuk kau bisa lebih menjadi yang berusaha. Ya, ancaman itu bagi aku, ia hadir tanpa undangan, tapi perlu kita hadapi, dengan kekuatan yang bisa kita bina.
www.tips-fb.com

Friday, February 27, 2015

Buat salah

Assalamualaikum

Normalnya manusia itu, semakin ditegah, nah, semakin membuak-buak perasaan, semakin tercabar mahu melakukan perkara itu. Realitinya, ego itu penyebabnya. Rasa ego dalam diri setiap kita, seboleh-bolehnya, apa yang kita lakukan itu, senentiasa mahu tampil baik di hadapan yang lainnya.

Kalau boleh, mahu diberitahu, apa yang dilakukannya itu, baik, malah lebih baik dari yang lainnya.

'Aku memang jahat, tapi at least aku
tak mengumpat'
'Aku kedekut,at least aku tak hipokrit'
'Aku hisap rokok je, at least ak tak
hisap dadah'

Ayat seumpama ini, bisa buat kita rasa lebih baik dari yang lain. Semua dari kita, mana ada yang sempurna, Tidak ada! Namun, ayuh kita ajar diri, ajar lidah, ucap yang baik-baik. Ajar hati, jangan terlalu merasa diri ini baik, larang hati, merasa apa yang kita lakukan, pasti senentiasa betul.

Terkadang, hati pasti terlintas. Namun, tar saja terlintas, ajar hati, jangan ulangi lagi. Harus senentiasa melihat kelemahan diri, harus sadari.
www.tips-fb.com

Thursday, January 29, 2015

Boi

Assalamualaikum,

Jarang sekali aku mahu bercerita perihal kehidupan aku. kali ini, aku mahu dedikasikan tulisan ini buat 'Boi'. Mungkin boi hanya budak praktikal, ya, mengisi kekesongan kerusi saja. Tapi adanya boi, aku jadi lebih senang, karena boi sentiasa menjadi pemudah segala kerja aku.

Pemudah bagaimana, ya, sentiasa ringan tulangnya. Dia yang sentiasa tidak pernah lupa ucap 'morning' kepada aku. Rakan rapat aku pasti tahu, sukarnya aku mahu rapat sama lelaki, tapi tidak pada boi. boi bagai adik. Dan pastinya bukan berbangsa melayu, tetapi Indonesian chinese. Bagaimana posisinya hanya budak praktikal, tapi bisa saja menghuni masuk ke dalam catatan aku. karena aku tidak mahu lupa boi.

Mahu tahu, aku melalui hari yang terpaling sukar dalam kerjaya aku, dan pada saat itu, hanya boi yang ada. kerja yang biasanya untuk 4 orang, aku dan boi, bisa melaluinya, walaupun hari itu, menangis pun aku tak bisa. Terima kasih boi.

Hari ni, boi pergi, tapi perginya tergesa-gesa. Boi, moga selamat perjalanan sampai Jakarta. sudah aku titip pesan, agar boi kuat melalui segala cabaran.

Terima kasih yang tak terhingga buat boi.

*boi-nama samaran
www.tips-fb.com

Thursday, January 22, 2015

Tutur

Assalamualaikum. Setuju kan kalau aku bilang lidah itu, jauh lebih tajam dari bilah pedang. Ya! Apa yang diluah, pasti tidak banyak, sedikit pun, ia bisa lewat pada mana-mana hati yang berada di sekitar kita. Yang menggembirakan, dan yang mengguris.

Pilihan itu, benarnya bisa kita pilih, mahu kau luahkan yang baik, juga sebaliknya. Jika apa yang kau mahu luahkan itu, kurang pentingnya, pastinya pilihan yang ada hanyalah sekadar mengunci mulut. Bagaimana kau bisa menahan diri dari melakukan perkara yang negatif, pertuturan kau juga bisa di kawal.

Menurutku, Tidak salahnya jika mahu jadi yang pura-pura baik, kerana sedikit sebanyak.. perkara baik.itu pasti tertanam dalam sanubari, bisa mengusik tidak banyak, sedikit bagian dari jiwa kita. Dan jangan bangga menjadi yang jahil semata-mata tidak mahu nampak hipokrit.karena itu lebih bahaya.. yang namanya jahil itu pasti dipertahan atas nama tidak mahu hipokrit.
www.tips-fb.com

Friday, January 02, 2015

Matlamat

2014 selamat melabuhkan tirai, menyapa tirai 2015. Aku yakin, pasti setiap kamu, kamu.. dan ha.. KAMU juga.. punya matlamat sendiri. AKU? jujurnya, aku tidak punya matlamat yang aku akan tulis cantik-cantik di halaman satu 2015. Aku jadi manusia yang go with the flow, setiap hari aku punya matlamat, agar hari esok yg mendatang, sentiasa aku mahukan ia lebih baik dari hari ini.

Apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup aku ini, setelah segala apa yang aku usahakan, sering sahaja kurang menjadi. Adakah aku mahu jadi manusia yang kaya, yang punya kereta mewah, yang punya.banglow, atau mahu jadi manusia biasa, yang punya impian luar biasa, yang ilmunya bukan sekadar yang di dalam buku sahaja, yang bicaranya sedikit tapi penuh ilmu...

Ya, jadi manusia yang nampak biasa-biasa.. yang biar tak nampak bergaya, yang biar hidupnya tampak sederhana , namun penuh bahagia, jadi yang jauhhhhh dari sifat ujub, takabbur, riak.. jadi yang sentiasa mengingat segalaaaaa apa yang dimiliki hanya pinjaman dan kemudian hari pasti diambil kembali. Jadi yang sentiasa redha.. segala apa yang diberi pasti hikmah menanti di kemudian hari. Tanam dalam diri, duit itu bukan segala-galanya. meski kau punya satu juta, jika memang bukan rezekimu, kau pasti tidak dapat merasa, meski satu sen pun. Apa yang Allah sudah beri itu, sudah cukup buatmmu, dan jika ditambah rezekimu, pasti ianya bukan buat kau semuanya, kerana ingat, ada bagian orang lain dalam rezekimu itu.

Aku yakin, disetiap kekecewaan aku, ada sesuatu yang menanti, kerana DIA Maha mengetahui setiap apa yang baik untuk aku. Aku mohon, Kau jangan bolak-balikkan hati aku, setelah kau beri hidayah pada aku, kerana KAU, pemegang hati-hati kami.
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya