Thursday, January 29, 2015

Boi

Assalamualaikum,

Jarang sekali aku mahu bercerita perihal kehidupan aku. kali ini, aku mahu dedikasikan tulisan ini buat 'Boi'. Mungkin boi hanya budak praktikal, ya, mengisi kekesongan kerusi saja. Tapi adanya boi, aku jadi lebih senang, karena boi sentiasa menjadi pemudah segala kerja aku.

Pemudah bagaimana, ya, sentiasa ringan tulangnya. Dia yang sentiasa tidak pernah lupa ucap 'morning' kepada aku. Rakan rapat aku pasti tahu, sukarnya aku mahu rapat sama lelaki, tapi tidak pada boi. boi bagai adik. Dan pastinya bukan berbangsa melayu, tetapi Indonesian chinese. Bagaimana posisinya hanya budak praktikal, tapi bisa saja menghuni masuk ke dalam catatan aku. karena aku tidak mahu lupa boi.

Mahu tahu, aku melalui hari yang terpaling sukar dalam kerjaya aku, dan pada saat itu, hanya boi yang ada. kerja yang biasanya untuk 4 orang, aku dan boi, bisa melaluinya, walaupun hari itu, menangis pun aku tak bisa. Terima kasih boi.

Hari ni, boi pergi, tapi perginya tergesa-gesa. Boi, moga selamat perjalanan sampai Jakarta. sudah aku titip pesan, agar boi kuat melalui segala cabaran.

Terima kasih yang tak terhingga buat boi.

*boi-nama samaran
www.tips-fb.com

Thursday, January 22, 2015

Tutur

Assalamualaikum. Setuju kan kalau aku bilang lidah itu, jauh lebih tajam dari bilah pedang. Ya! Apa yang diluah, pasti tidak banyak, sedikit pun, ia bisa lewat pada mana-mana hati yang berada di sekitar kita. Yang menggembirakan, dan yang mengguris.

Pilihan itu, benarnya bisa kita pilih, mahu kau luahkan yang baik, juga sebaliknya. Jika apa yang kau mahu luahkan itu, kurang pentingnya, pastinya pilihan yang ada hanyalah sekadar mengunci mulut. Bagaimana kau bisa menahan diri dari melakukan perkara yang negatif, pertuturan kau juga bisa di kawal.

Menurutku, Tidak salahnya jika mahu jadi yang pura-pura baik, kerana sedikit sebanyak.. perkara baik.itu pasti tertanam dalam sanubari, bisa mengusik tidak banyak, sedikit bagian dari jiwa kita. Dan jangan bangga menjadi yang jahil semata-mata tidak mahu nampak hipokrit.karena itu lebih bahaya.. yang namanya jahil itu pasti dipertahan atas nama tidak mahu hipokrit.
www.tips-fb.com

Friday, January 02, 2015

Matlamat

2014 selamat melabuhkan tirai, menyapa tirai 2015. Aku yakin, pasti setiap kamu, kamu.. dan ha.. KAMU juga.. punya matlamat sendiri. AKU? jujurnya, aku tidak punya matlamat yang aku akan tulis cantik-cantik di halaman satu 2015. Aku jadi manusia yang go with the flow, setiap hari aku punya matlamat, agar hari esok yg mendatang, sentiasa aku mahukan ia lebih baik dari hari ini.

Apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup aku ini, setelah segala apa yang aku usahakan, sering sahaja kurang menjadi. Adakah aku mahu jadi manusia yang kaya, yang punya kereta mewah, yang punya.banglow, atau mahu jadi manusia biasa, yang punya impian luar biasa, yang ilmunya bukan sekadar yang di dalam buku sahaja, yang bicaranya sedikit tapi penuh ilmu...

Ya, jadi manusia yang nampak biasa-biasa.. yang biar tak nampak bergaya, yang biar hidupnya tampak sederhana , namun penuh bahagia, jadi yang jauhhhhh dari sifat ujub, takabbur, riak.. jadi yang sentiasa mengingat segalaaaaa apa yang dimiliki hanya pinjaman dan kemudian hari pasti diambil kembali. Jadi yang sentiasa redha.. segala apa yang diberi pasti hikmah menanti di kemudian hari. Tanam dalam diri, duit itu bukan segala-galanya. meski kau punya satu juta, jika memang bukan rezekimu, kau pasti tidak dapat merasa, meski satu sen pun. Apa yang Allah sudah beri itu, sudah cukup buatmmu, dan jika ditambah rezekimu, pasti ianya bukan buat kau semuanya, kerana ingat, ada bagian orang lain dalam rezekimu itu.

Aku yakin, disetiap kekecewaan aku, ada sesuatu yang menanti, kerana DIA Maha mengetahui setiap apa yang baik untuk aku. Aku mohon, Kau jangan bolak-balikkan hati aku, setelah kau beri hidayah pada aku, kerana KAU, pemegang hati-hati kami.
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya