Friday, June 12, 2015

Sama

Assalamualaikum. Seorang sahabat bertanya, bagaimana mahu menahan diri dari membenci orang yang berbuat jahat kepada kita. Susah, karena aku sendiri zahirnya, kadang-kadang gagal mengawal.

Tak mudah, tidaklah terlalu payah, cumanya kau perlu tanamkan prinsip. Apa bedanya kau, dengan individu itu, jika kedua-duanya sama-sama berbuat jahat, saling mengata, saling berbalas ejekan, saling menyindir. Kau berdua sama sahaja. Totally same.
www.tips-fb.com

Friday, June 05, 2015

Duit

Assalamualaikum. Duit.. Duit.. Duit... Pastinya, ramai yang akan gelisah, jika yang namanya duit ini tidak mencukupi. Ya, tidak terkecuali aku. Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit. Agree and disagree. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat-sangat mementingkan duit simpanan.. waima gaji kau 300, simpanlah walaupun 50 ringgit, walau 10 ringgit pun. That's what my mom always told us, until now.

Aku jadi seorang penyimpan yang sangat tegar, berbanding seorang pebelanja. Tapi, hakikatnya, duit-duit simpanan itu, bukanlah semuanya akan jadi milik kita. Ya. Mak kata, Mungkin jadi duit penjual kereta, penjual beg, penjual minyak wangi, hospital. Nah, Mak mula memberikan nasihat baru. ringankan tangan untuk memberi.

Mak peranannya seperti pakar kewangan. Setiap bulan, harus asingkan duit untuk memberi. Which is aku tak pernah terfikir pun. Duit yang kita beri itulah hakikat sebenarnya, adalah sebenar-benarnya duit kita. Milik hakiki kita. Manusia zaman ini, terlalu, ya, aku maksudkkan terlalu mengejar aset. Ya. Aku juga tidak terkecuali. Pelaburan la, itu lah, ini lah. 😨

Dulu aku menyimpan,tidak punya tujuan khusus. Sekarang, doakan yang baik-baik untuk aku, moga apa yang aku impikan, dapat aku capai, Dan moga Allah senentiasa redha dengan apa yang aku lakukan. Dan aku mohon dengan rendah hati, agar Allah senentiasa memberkati rezeki yang aku dapat, dan senentiasa menghadirkan rasa cukup dalam diri aku. Aminn....



www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya