Friday, June 05, 2015

Duit

style='width: 36px; height: 26px;'/>
Assalamualaikum. Duit.. Duit.. Duit... Pastinya, ramai yang akan gelisah, jika yang namanya duit ini tidak mencukupi. Ya, tidak terkecuali aku. Duit bukanlah segalanya, tapi segalanya memerlukan duit. Agree and disagree. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat-sangat mementingkan duit simpanan.. waima gaji kau 300, simpanlah walaupun 50 ringgit, walau 10 ringgit pun. That's what my mom always told us, until now.

Aku jadi seorang penyimpan yang sangat tegar, berbanding seorang pebelanja. Tapi, hakikatnya, duit-duit simpanan itu, bukanlah semuanya akan jadi milik kita. Ya. Mak kata, Mungkin jadi duit penjual kereta, penjual beg, penjual minyak wangi, hospital. Nah, Mak mula memberikan nasihat baru. ringankan tangan untuk memberi.

Mak peranannya seperti pakar kewangan. Setiap bulan, harus asingkan duit untuk memberi. Which is aku tak pernah terfikir pun. Duit yang kita beri itulah hakikat sebenarnya, adalah sebenar-benarnya duit kita. Milik hakiki kita. Manusia zaman ini, terlalu, ya, aku maksudkkan terlalu mengejar aset. Ya. Aku juga tidak terkecuali. Pelaburan la, itu lah, ini lah. 😨

Dulu aku menyimpan,tidak punya tujuan khusus. Sekarang, doakan yang baik-baik untuk aku, moga apa yang aku impikan, dapat aku capai, Dan moga Allah senentiasa redha dengan apa yang aku lakukan. Dan aku mohon dengan rendah hati, agar Allah senentiasa memberkati rezeki yang aku dapat, dan senentiasa menghadirkan rasa cukup dalam diri aku. Aminn....



www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya