Friday, July 24, 2015

Kaum.

style='width: 36px; height: 26px;'/>
Assalamualaikum. kebelakangan ni, aku rasa, isu perkauman semakin panas.. dah la panas.. ada pulak yang menambah minyak. Tak faham. Kalau mengikut kefahaman aku yang baca surat khabar online dengan tv3, kes tu hanyalah kes terbeli handphone tak ori. Ni yang aku tahu. Well, kes dh selalu terjadi, dan cumanya, pembeli dan penjualnya, berlainan bangsa. Dan itu aku rasa tak patut dijadikan isu. Sesiapa pun boleh jadi pembeli, Chinese, Indian dan Melayu, begitu juga penjual.

Isu ini jadi begitu besar, kerana desakan dan faktor sekeliling, contohnya media sosial. Alhamdulillah, aku tak pernah ada pengalaman buruk dengan mereka yang berlainan bangsa denagn aku, in fact, aku sangat suka berkawan dengan mereka. Pertama kali aku ada kawan berlainan bangsa adalah ketika PLKN, katil sebelah2, kami rapat sebab share cermin yang sama.

Next is masa matrik. Kawan chinese yang paling rapat dengan aku. Kami tidur berdua. So, sometimes kami share bedtime story. Kenapa aku sangat sayang dia, kalau tengah solat subuh, aku akan block jalan keluar, dan dia akan bangun dari kati lepas aku habis solat, dan dia akan marah kawan-kawan dia kalau bising-bising time aku solat. Aku pulak, akan tidur lepas dia bertafakur sebelum tidur, macam tu la kami saling hormat menghormati. Aku belajar berjimat sebab dia.

Dan environment kerja aku yang hampir 90% adalah populasi chinese, tak pernah memberi masalah kepada aku. Microwave, kita ada microwave halal and non halal setiap level. Fridge? kita ada fridge halal and non halal setiap level. Pergaulan, tidak pernah.mendatangkan masalah. Kita.saling menghormati. Tak pernah.timbul apa-apa isu.

Dan aku tak faham, kenapa mereka di luar, tidak boleh mengamalkan perkara yang sama. Menjadi racism itu aku tidak rasa mendatangkan faedah, malahan memecah belah. Isu ketuanan tanah? Aku buta sejarah. Tapi untuk bergaduh atas tanah yang sama-sama kita bangunkan ini, sangat membuang masa.

p/s: in fact, kakak aku yang baru masuk uitm, sangat.janggal sebab tak ada chinese student. environment.yang berbeza. Kejutan budaya.katanya.


www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya