Wednesday, July 22, 2015

Minal Aidil Wal Faizin.

style='width: 36px; height: 26px;'/>
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ye. Alhamdulillah, syawal tahun ini, aku sambut dengan PENUH kesederhanaan. Ada rezeki, dapat lagi menghulur 'green packet' dekat mak ayah, adik-adik dan sedara mara. Feeling raya tahun ni, hanya datang pada malam raya. Dah besar, feeling tu memang akan berkurang tahun demi tahun. Bagaimana raya aku tahun ini:

1. Tidak ada baju raya. Serious. Hari raya pertama pakai baju raya tahun lepas yg tak siap. Baju raya tahun ni? tak siap dan bakal dijadikan baju raya tahun hadapan.

2. Tidak ada juga kasut raya. Pergi beraya pakai kasut crocs tiruan yang selalu buat basahan pegi office. 'Naz, kasut kau ni memang tak nak tukar ke' kawan aku yang pakai heels berkata-kata. hahaha. gelak je

3. Paling sedih, tak dapat buat kuih raya. Sedih ooo.. beli je. Sebab, setiap hari raya, aku in charge biskut-biskut raya kat rumah.Kekangan masa. *sigh.

4. Aku, ayah dan mak demam. Raya minum panadol soluble je. hakhak.

5. Alhamdulillah, baraan sampai sekampung, walaupun pakai baju raya kakak aku 2 tahun lepas. Sebab? sebab aku nak pakai tudung baru yang matchie2. mihmih.

6. Hanya along, abang dan adik ada baju raya baru. Walaubagaimanapun, dapat matchie2 jugak. Tema pagi raya baru decide, hijau turquoise dan pink. Ayah pun pakai baju raya 2 tahun lepas. Tapi tetap handsome!

7. Tahun ni gagal beraya bersama geng asrama dan kelas. Sebab memasing sibuk dengan persiapan kahwin. Disebabkan duit raya banyak lebih, boleh la buat duit salam keruk nanti ye. eh!

8. Alhamdulillah, walaupun balik Johor dan pulang semula ke KL pada tarikh PLUS memberikan diskaun 30%, aku tak jumpa jem pun. hehehe.

9. Tak sempat beraya.pun rumah sedara mara, kesihatan seisi keluarga tidak mengizinkan.

10. Paling win, aku masak hidangan untuk kawan-kawan adik aku yang datang. Kemajuan dalam bidang masakan. One step ahead.

11. Masih dapat duit raya masa pergi baraan. Mak cik tu siap tanya, belajar lagi ke? Lepas tu dapat seringgit. ye, ye, saya faham, mak cik bagi suruh saya kumpul duit nak kawin kan. Faham, saya faham. eh! Seringgit lama-lama jadi sejuta. kan. kan.

12. Takda orang tanya aku bila nak kawin. Yipee!! Tuan-tuan, Puan-puan, Bagaimana saya belum bersedia untuk mati, begitulah juga persediaan saya untuk berkahwin.Jangan ingat nak kawen je, mati pun kene ingat!

p/s: Picture is not availble.
www.tips-fb.com

0 orang lompat katak:

Post a Comment

rase nak mengkeji tak???


 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya