Wednesday, May 11, 2016

2016

Salam, ya, post pertama untuk tahun ni. kekangan masa (duh, kau salahkan masa) , dan kekangan kerja dan malas (main factor). Sedikit review untuk tahun 2016 yang hampir melepasi separuh ni.

1. Ya, semakin meningkat usia. ya.. gen matang semakin membiak dengan jayanya.

2. Kerjaya yang sudah melepasi 2 tahun, waktu yang paling sesuai untuk mula berfikir, sudah paling matang untuk keluar dari zon selesa. Mencari kerjaya lain, atau bertukar department mungkin. jeng.. jeng..jeng..

3. Kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan. Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat bernafas. Kuantiti makanan yang dijamah semakin sedikit, berat badan yang sangat-sangat membimbangkan. Tahap aku tak gembira dengan penurunan berat badan yang begitu mendadak.

4. Alhamdulillah, apa yang nk bagi kat ayah sudah tercapai. Syukurrr 21 ...

5. Buku, masih menjadi kawan baik buku.. Biasalah kan.. kawan baik tak selalu jumpa. haha. Tak berkesempatan nak menjengah ke MAEPS untuk KLIBF tahun ni. It's ok. Dapat kirim satu buku dari kakak office. Pun dah Alhamdulillah.

6. Dah ada angan2 nk travel backpacker. Lokasi impian, India, Koh Samui, Ho Chi Minh dan Yogjakarta. Amin.

Ok. Sudahla tu. Moga misi 2017 yang tindakannya harus dimulai tahun ini tercapai. Amin.. jom amin ramai2.
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya