Monday, August 08, 2016

Adik

Emak ada cakap, masa muda dulu dia selalu lalu satu sekolah ni, sekolah berasrama penuh. Mak cakap, dia harap sangat ada anak dia masuk situ. Kenkunun nk masuk jalan situ la. There is it, Emak akhirnya dapat ke situ, berulang selama 2 tahun. Itu abang yang tunaikan.

Emak cakap, dedulu embah(baca sebagai nenek) cakap nk abang jadi tentera, emak memaksakan rela abang untuk masuk tentera, emak sentiasa bagi semangat kat abang yg sebenarnya tak mahu. There is it, he is now airfoce engineer.

Emak ada cakap, nak sangat anak dia jadi cikgu. Along, tak mau, Angah tak mau, Abang out of list, adik. Yep, adik je harapan terakhir. Seketul adik yang obses dengan kartun, yang obses dengan anime, yang xpernah jadi harapan keluarga. Nah, sekarang.dia bawa harapan besar mak, jadi cikgu. Dia.pikul harapan mak. seketul adik yang kita panggil.unsung hero.

Moga Adik jadi yang lebih bertanggungjawab, dan lebih tegas, sudah tidak mahu manja lagi.


Emak yang sudah boleh senyum sampai ketelinga. Anak manja menunggu masa tinggalkan keluarga, mahu jadi cikgu!

www.tips-fb.com

Tuesday, August 02, 2016

Aidilfitri

Assalamualaikum,

Ya, entry kedua untu 2016. Masih boleh dikira guna jari. Sempena bulan syawal yang tinggal sehari lagi, I decided to post an entry sempena raya tahun ni.

Well, raya macam biasa, Alhamdulillah, semua dapat pulang beraya, dan mungkin tahun terakhir semua dapat beraya. Ada yang nk menamatkan zaman bujang, ada yang bakal berjuang untuk negara. Eh!

Baju raya xsedondon, setiap tahun pn sama sahaja gayanya. Macam biasa, aku incharge of kuih raya, dan Alhamdulillah, menjelang hari pulang ke Kuala Lumpur, semua kuih raya aku dh sold out.. Ahem..

Tahun ni raya kedua, adik aku dh eksiden kereta. fuh.. kereta akak aku la. dapat 2 kiss, depan dengan belakang. muahhh!!
Jadi, hari selepas kejadian, satu kereta sumbat 6 orang. Thank God, semua saiz kecik. Muat la satu kereta Myvi.

Tahun ni, tak dapat beraya dengan bestiee.. sudahlah 2 orang.last beraya bujang. kita.jumpa raya haji saja la naa.. Rumah sedara mara pun aku xsempt pegi, komitmen kepada kerjaya.. Ahem.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun baju raya tak siap, tahun ni, seluruh(macam ramai je gayanya) ahli keluarga berpeluang memakai baju raya. hahaha..

Entry macam terdesak kan.. tapi. takpa la.. selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
www.tips-fb.com

 
segala isi benda dalam blog ni siti nazirah yang punya